Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengacuan suntikan logam (MIM) bagi serbuk titanium dengan sistem bahan pengikat stearin sawit

Mohamad Nor, Nor Hafiez and Muhamad, Norhamidi and M. Amin, Sri Yulis and Ahmad, Sufizar and Ibrahim, Mohd Halim Irwan and Ibrahim, Murtadhahadi and Jamaludin, Khairur Rijal (2008) Pengacuan suntikan logam (MIM) bagi serbuk titanium dengan sistem bahan pengikat stearin sawit. In: Seminar I - AMReG 08, 12 Jun 2008, Seremban, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
48Kb

Abstract

Sejak kebelakangan ini, Pengacuan Suntikan Logam(MIM) sering mendapat perhatian ramai penyelidik kerana proses ini sesuai untuk menghasilkan produk logam yang bersaiz kecil dengan bentuk geometri yang kompleks dan mempunyai kelegaan yang tinggi. Namun begitu terdapat beberapa masalah dalam pembikinan produk titanium yang mempunyai prospek yang luas dan menarik dalam penghasilan produk untuk automotif, angkasa lepas dan perubatan. Masalah utama ialah terdapat bendasing seperti oksigen yang menyebabkan kerosakan ciri-ciri mekanikal bahan titanium. Kertas kerja ini membentangkan suatu ulasan mengenai teknik-teknik yang digunakan oleh penyelidik dalam mengawal pencemaran bahan titanium semasa proses MIM. Di samping itu, faktor utama kejayaan dalam proses MIM adalah pemilihan bahan pengikat yang sesuai. Komponen bahan pengikat seperti stearin sawit yang mempunyai sifat-sifat seperti kelikatan dan takat lebur yang rendah serta harganya yang murah adalah berpotensi untuk digunakan sebagai salah satu komponen bahan pengikat dalam MIM khususnya untuk serbuk Titanium

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Pengacuan suntikan logam, serbuk titanium, bahan pengikat, stearin sawit
Subjects:T Technology > TS Manufactures
T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions:Mechanical Engineering
ID Code:5812
Deposited By: Khairur Rijal Jamaludin
Deposited On:21 Jul 2008 03:21
Last Modified:01 Jun 2010 15:35

Repository Staff Only: item control page