Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian prestasi penyahikatan larutan dengan menggunakan kaedah taguchi

Jamaludin, Khairur Rijal and Muhamad, Norhamidi and Ab. Rahman, Mohd. Nizam and M. Amin, Sri Yulis and Ahmad, Sufizar and Ibrahim, Mohd. Halim Irwan and Murtadhahadi, Murtadhahadi and Mohamad Nor, Nor Hafiez (2008) Kajian prestasi penyahikatan larutan dengan menggunakan kaedah taguchi. In: Seminar I - AMReG 08, 12 Jun 2008, Seremban, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
59kB

Abstract

Proses penyahikatan larutan telah diterima secara meluas dalam proses pengacuan suntikan logam (MIM) berdasarkan kepada kemampuannya yang dapat mempercepatkan proses penyahikatan. Kertas kerja ini akan membentangkan pengoptimuman proses tersebut dengan menggunakan kaedah Taguchi. Selain daripada itu juga, pengaruh faktor-faktor yang digunakan dalam kajian ini seperti suhu larutan, taburan saiz partikel, beban serbuk dan tekanan penyuntikan akan dibincangkan. Dua jenis serbuk logam akan digunakan dalam kajian ini iaitu serbuk SS316L pengatoman gas dan SS316L pengatoman air. Keputusan kajian ini mendapati bahawa suhu larutan yang digunakan untuk merendam jasad anum semasa proses penyahikatan larutan memainkan peranan yang besar sebanyak 91.602 % (serbuk SS316L pengatoman gas) dan sebanyak 84.978 % (serbuk SS316L pengatoman air) ke atas kadar penyahikatan larutan. Bagaimanapun, taburan serbuk logam hanya menyumbangkan sebanyak 6.638 % dan 12.228 % masing-masing bagi jasad anum serbuk SS316L pengatoman gas dan pengatoman air terhadap kadar penyahikatan tersebut. Suhu larutan untuk merendam jasad anum ini juga mempunyai tahap signifikan yang amat tinggi iaitu sebanyak 0.5% bagi kedua-dua jenis serbuk SS316L tersebut. Akan tetapi, taburan saiz partikel serbuk SS316L menunjukkan tahap signifikan yang sederhana tinggi iaitu 2.5% dan 1% bagi serbuk SS316L pengatoman gas dan pengatoman air masing-masing.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Penyahikatan larutan, Taguchi, kadar penyahikatan
Subjects:T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions:Mechanical Engineering
ID Code:5789
Deposited By: Khairur Rijal Jamaludin
Deposited On:21 Jul 2008 08:26
Last Modified:05 Oct 2017 00:39

Repository Staff Only: item control page