Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Analisis taburan saiz partikel serbuk SS316L bagi kegunaan proses penyuntikan acuan logam

Jamaludin, Khairur Rijal and Muhamad, Norhamidi and Ab. Rahman, Mohd. Nizam and M. Amin, Sri Yulis and Ahmad, Sufizar and Ibrahim, Mohd. Halim Irwan and Murtadhahadi, Murtadhahadi and Mohamad Nor, Nor Hafiez (2008) Analisis taburan saiz partikel serbuk SS316L bagi kegunaan proses penyuntikan acuan logam. In: Seminar I - AMReG 08, 12th June 2008, Seremban, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
123kB

Abstract

Kertas kerja ini akan membincangkan mengenai analisis terhadap serbuk SS316L pengatoman gas serta pengatoman air, kasar dan halus. Faktor-faktor seperti taburan saiz partikel (D10, D50, D90); taburan lengkuk, SW; dan luas permukaan tentu, S bagi serbuk tersebut dalam taburan monomodal dan bimodal dibincangkan dengan lebih terperinci dalam kertas kerja ini. Ini memandangkan faktor-faktor tersebut secara teorinya akan mempengaruhi proses-proses yang terdapat dalam proses penyuntikan acuan logam (MIM) ini, di samping kualiti jasad akhir yang bakal dihasilkan. Taburan bimodal akan mengubah saiz median partikel tersebut, selain taburan lengkuk, SW yang sempit akan memudahkan proses penyuntikan acuan logam dan, luas permukaan tentu, S yang lebih besar mempercepatkan proses penumpatan jasad sinter. Analisis ini mendapati bahawa saiz median serbuk, D50 bagi kesemua serbuk yang digunakan akan meningkat apabila jisim serbuk kasar ditambah dalam adunan serbuk bimodal. Selanjutnya, analisis terhadap serbuk pengatoman air pula mendapati bentuk partikelnya yang tidak sekata dan berligamen akan mempercepatkan proses penumpatan jasad sinternya berbanding serbuk pengatoman gas. Ini disebabkan oleh luas permukaan tentunya, S yang lebih tinggi.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Metal Injection Molding (MIM), SS316L, particle size distribution, surface area
Subjects:T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions:Mechanical Engineering
ID Code:5788
Deposited By: Khairur Rijal Jamaludin
Deposited On:16 Oct 2008 07:00
Last Modified:05 Oct 2017 00:37

Repository Staff Only: item control page