Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengaruh tekanan penyuntikan, suhu penyuntikan dan beban serbuk terhadap ketumpatan jasad anum: analisis varian

Jamaludin, Khairur Rijal and Muhamad, Norhamidi and Ab. Rahman, Mohd. Nizam and M. Amin, Sri Yulis and Ahmad, Sufizar and Ibrahim, Mohd. Halim Irwan and Murtadhahadi, Murtadhahadi and Mohamad Nor, Nor Hafiez (2008) Pengaruh tekanan penyuntikan, suhu penyuntikan dan beban serbuk terhadap ketumpatan jasad anum: analisis varian. In: Seminar I - AMReG 08, 12 June 2008, Seremban, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
60kB

Abstract

Penelitian kesan tekanan penyuntikan, suhu penyuntikan dan beban serbuk terhadap ketumpatan jasad anum dibincangkan dalam kertas kerja ini. Bahan suapan serbuk SS316L pengatoman gas yang menggunakan bahan pengikat rencam PEG dan PMMA digunakan dalam kajian ini dan, ketumpatan jasad anum tersebut ditentukan dengan kaedah rendaman Archimedes berdasarkan piawai MPIF 42. Analisis varian (ANOVA) dua hala dilakukan terhadap keputusan yang diperolehi bagi mendapatkan signifikan faktor-faktor tersebut terhadap ciri kualiti jasad anum yang dikaji. Selain itu juga, peratusan sumbangan faktor-faktor tersebut terhadap ketumpatan jasad anum juga diperolehi dalam analisis ini. Kajian ini mendapati bahawa suhu penyuntikan mempunyai pengaruh sebanyak 18.52 % terhadap ketumpatan jasad anum serbuk halus manakala, sebanyak 9.48 % bagi serbuk kasar. Beban serbuk pula menyumbang sebanyak 56.90 % bagi ketumpatan jasad anum serbuk halus manakala sebanyak 76 % bagi serbuk kasar. Suhu penyuntikan dan tekanan penyuntikan berada pada tahap signifikan yang lemah sebanyak 10 % terhadap ketumpatan jasad anum serbuk halus dan kasar masing-masing. Bagaimanapun, beban serbuk didapati berada pada tahap signifikan yang terbaik iaitu sebanyak 1 % terhadap ciri kualiti yang dikaji.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Metal Injection Molding (MIM), analysis of variance, density, green part
Subjects:T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions:Mechanical Engineering
ID Code:5787
Deposited By: Khairur Rijal Jamaludin
Deposited On:16 Oct 2008 06:54
Last Modified:05 Oct 2017 00:36

Repository Staff Only: item control page