Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembebanan serbuk yang optimum bagi bahan suapan daripada SS 316 L, PEG, PMMA dan AS bagi proses pengacuanan suntikan logam (MIM)

Muhamad, Norhamidi and Murtadhahadi, Murtadhahadi and Che Harun, Che Hassan and Sulong, Abu Bakar and Jamaludin, Khairur Rijal and Ahmad, Sufizar and Ibrahim, Mohd. Halim Irwan and Mohamad Nor, Nor Hafiez (2008) Pembebanan serbuk yang optimum bagi bahan suapan daripada SS 316 L, PEG, PMMA dan AS bagi proses pengacuanan suntikan logam (MIM). In: Seminar I - AMReG 08, 12 June 2008, Seremban, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
131kB

Abstract

Kejayaan dalam proses pengacuanan suntikan logam (MIM) amat bergantung kepada ciri-ciri aliran bahan suapan yang dihasilkan. Bahan suapan MIM haruslah mempunyai dua ciri utama iaitu likat dan elastik. Kelikatan yang tinggi mengakibatkan bahan suapan sukar untuk disuntik. Ciri-ciri aliran seperti kelikatan yang mengaitkan kadar ricih dan tegasan ricih merupakan parameter yang harus diketahui bagi seseorang yang menceburi bidang MIM ini. Kajian ini difokuskan untuk mengenal pasti pembebanan serbuk yang optimum bagi proses pengacuan suntikan logam bagi bahan suapan daripada Serbuk keluli tahan karat (SS 316L) bersaiz purata 16 μm dan bahan pengikat yang terdiri daripada Polietilena Glikol (PEG), Polimetil Metakrilat (PMMA) dan Asid Stearik (AS). Pembebanan serbuk SS 316 L yang digunakan dalam kajian ini ialah 63 %, 63.5 % dan 64 % isi padu. Komposisi bahan pengikat yang digunakan ialah sebanyak 73 % berat PEG, 25 % berat PMMA dan 2 % berat Asid Stearik. Kajian sifat reologi bahan suapan dilakukan dengan menggunakan mesin reometer rerambut jenis Shimadzu CFT-500D. Keputusan ujikaji menunjukkan bahawa pembebanan serbuk sebanyak 63.5 % isipadu merupakan pembebanan serbuk yang paling sesuai untuk disuntik atau pembebanan serbuk yang paling optimum.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Metal Injection Molding (MIM), feedstock, powder loading
Subjects:T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions:Mechanical Engineering
ID Code:5786
Deposited By: Khairur Rijal Jamaludin
Deposited On:16 Oct 2008 07:31
Last Modified:05 Oct 2017 00:34

Repository Staff Only: item control page