Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesan suhu penyuntikan yang tidak optimum terhadap kecacatan jasad anum pada proses penyuntikan logam (MIM)

Muhamad, Norhamidi and Murtadhahadi, Murtadhahadi and Che Haron, Che Hassan and Sulong, Abu Bakar and Jamaludin, Khairur Rijal and Ahmad, Sufizar and Ibrahim, Mohd. Halim Irwan and Mohamad Nor, Nor Hafiez (2008) Kesan suhu penyuntikan yang tidak optimum terhadap kecacatan jasad anum pada proses penyuntikan logam (MIM). In: Seminar AMREG 08, 12 Jun 2008, Seremban, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
231kB

Abstract

Kejayaan proses pengacuanan suntikan logam (MIM) sangat dipengaruhi oleh parameter penyuntikan. Parameter proses penyuntikan terdiri dari suhu penyuntikan, tekanan penyuntikan dan suhu acuan. Suhu penyuntikan adalah salah satu parameter penyuntikan yang sangat mempengaruhi kualiti jasad anum. Suhu penyuntikan berfungsi untuk memberikan kelikatan yang cukup kepada bahan suapan supaya dapat mengalir dalam acuan tanpa hambatan, ketika bahan suapan tersebut dikenakan tekanan penyuntikan. Apabila suhu yang digunakan dalam proses penyuntikan bukan suhu penyuntikan yang optimum, maka produk tersuntik akan mengalami banyak jenis kecacatan. Kajian ini difokuskan untuk mengenal pasti jenis-jenis kecacatan yang terjadi akibat daripada suhu penyuntikan yang tidak optimum bagi proses pengacuan suntikan logam. Bahan suapan yang digunakan dalam kajian ini iaitu SS 316L, PEG, PMMA dan Asid Stearik. Saiz serbuk adalah 16 μm dan nilai pembebanan serbuk adalan 63.5 % isipadu. Julat suhu penyuntikan yang digunakan dalm kajian ini adalah (110 ºC – 180 ºC) Keputusan menunjukkan penggunaan suhu penyuntikan yang lebih rendah daripada suhu optimum mengakibatkan kecacatan pada produk seperti das pendek, garis kimpalan dan dimensi produk yang tidak sempurna. Manakala penggunaan suhu penyuntikan yang lebih tinggi daripada suhu optimum mengakibatkan kecacatan seperti percikan, pemisahan bahan pengikat,perlobangan permukaan serta pengeluaran bahan suapan yang tidak terkawal. Adapun suhu penyuntikan yang optimum yang didapati dalam kajian ini adalah dalam julat suhu: (130 ºC – 140 ºC).

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Pengacuanan Suntikan Logam (MIM), Suhu penyuntikan, Jasad anum
Subjects:T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions:Mechanical Engineering
ID Code:5785
Deposited By: Khairur Rijal Jamaludin
Deposited On:21 Jul 2008 03:29
Last Modified:05 Oct 2017 00:33

Repository Staff Only: item control page