Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Perbandingan konsep kendiri staf di bawah kepemimpinan wanita

Mad Shah, Ishak (2007) Perbandingan konsep kendiri staf di bawah kepemimpinan wanita. Jurnal Teknologi , 46 (E). pp. 73-84. ISSN 2180-3722

[img] HTML - Published Version
83Kb
[img] PDF (Full Text) - Published Version
Restricted to Repository staff only

98Kb

Abstract

Bagaimana seseorang melihat diri sendiri dan memikirkan tentang diri sendiri ada hubungannya dengan penghasilan mereka terhadap kerja. Seseorang yang melihat dirinya secara positif didapati mempunyai penghasilan kerja yang tinggi. Ini kerana mereka yang mempersepsikan harga dirinya tinggi akan lebih bertanggungjawab, berkomitmen terhadap kerja dan organisasi dan berasa selesa dengan pekerjaannya. Walau bagaimanapun, terdapat kajian menunjukkan bahawa konsep kendiri kerja staf adalah bergantung kepada jantina ketuanya. Konsep kendiri staf yang berketuakan lelaki dan berketuakan wanita adalah berbeza. Kajian ini bertujuan untuk melihat adakah terdapat perbezaan konsep kendiri staf pentadbiran yang berketuakan wanita. Kajian ini telah dijalankan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan seramai 53 orang staf pentabiran yang berketuakan wanita telah dipilih secara rawak mudah sebagai subjek kajian. Instrumen kajian yang digunakan ialah Tennesse Self-Concept Scale (TSCS) untuk mengukur konsep kendiri. Lima konsep kendiri yang dikaji menerusi instrumen kajian ini terdiri dari konsep kendiri emosi, konsep kendiri sosial, konsep kendiri moral, konsep kendiri fizikal dan konsep kendiri peribadi. Hasil kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan dalam konsep kendiri antara staf pentadbiran wanita dan staf pentadbiran lelaki di bawah pimpinan ketua wanita.

Item Type:Article
Additional Information:E (Pengurusan, Pendidikan & Sains Sosial)
Uncontrolled Keywords:Psikologi, konsep kendiri, kepimpinan wanita
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Management and Human Resource Development (Formerly known)
ID Code:5707
Deposited By: Pn Norhayati Abu Ruddin
Deposited On:19 Jun 2008 08:47
Last Modified:03 Dec 2013 01:21

Repository Staff Only: item control page