Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan laman web matematik berasaskan sembilan aspek pengajaran Gagne bagi tajuk kebarangkalian i dan ii

Abu Samah, Norazrena and Md. Salleh, Shaharuddin (2009) Pembangunan laman web matematik berasaskan sembilan aspek pengajaran Gagne bagi tajuk kebarangkalian i dan ii. In: Seminar Kebangsaan Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Guru (JPPG) 2009, 22-24 December 2009, Impiana Casuarina, Ipoh.

[img]
Preview
PDF (Fulltext)
178kB

Abstract

Komputer dan teknologi maklumat dipercayai berkeupayaan membantu menyelesaikan banyak masalah matematik serta dapat mengubah persepsi pelajar terhadap matematik yang dianggap sukar dan membosankan. Berikutan itu, penggunaan teknologi boleh diadaptasikan dalam pembelajaran matematik bagi tajuk Kebarangkalian dalam mengatasi masalah kesilapan berkaitan istilah khas dan simbol yang kerap ditemui dalam pembelajaran tajuk Kebarangkalian. Hal ini berikutan tajuk Kebarangkalian tidak mempunyai kesinambungan tajuk daripada pembelajaran matematik di menengah rendah. Pengetahuan sedia ada yang dimiliki oleh pelajar tingkatan empat berkaitan tajuk Kebarangkalian pula hanyalah pecahan dan tatatanda set. Oleh sebab itu, laman web matematik berasaskan sembilan aspek pengajaran Gagne bagi tajuk Kebarangkalian I dan II dibangunkan berpandukan model pembangunan V. Pembangunan laman web dipilih disebabkan oleh kesesuaian web sebagai alat untuk pengajaran dan pembelajaran dengan ciri-ciri seperti mesra pengguna, dapat diakses tanpa kekangan masa dan tempat serta mudah dari segi pemantauan. Laman web ini dibangunkan dengan sokongan pendekatan permainan berikutan permainan merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang efektif untuk semua peringkat umur dan boleh diaplikasikan dalam pelbagai situasi. Perisian utama dalam pembangunan laman web ini adalah Adobe Dreamweaver CS3 dengan tambahan CourseBuilder Extension. Perisian Adobe Photoshop CS3 merupakan perisian sokongan yang digunakan bagi menggubah grafik yang menjadi tunggak antaramuka laman web ini.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:mathematics, probability
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions:Education
ID Code:54051
Deposited By: Dr Norazrena Abu Samah
Deposited On:03 Apr 2016 08:15
Last Modified:03 Apr 2016 08:15

Repository Staff Only: item control page