Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Modul akademik teknologi pembinaan kerja tetulang keluli dan kerja konkrit

Sahroni, Norfarahain and Ali, Dayana Farzeeha (2016) Modul akademik teknologi pembinaan kerja tetulang keluli dan kerja konkrit. Jurnal Persatuan Pendidikan Teknik dan Vokasional Malaysia, Jilid 4 .

Full text not available from this repository.

Abstract

Tujuan utama kajian adalah untuk membina Modul Akademik Teknologi Pembinaan “Kerja Tetulang Keluli dan Kerja Konkrit”. Modul ini dibina dengan berlandaskan kepada Teori Beban Kognitif. Manakala kaedah pembangunan modul ini adalah berasaskan kepada Model Pembinaan Modul Sidek. Terdapat tiga jenis penilaian yang telah dijalankan, iaitu kesahan, kebolehpercayaan, dan penilaian keberkesanan. Seramai dua orang guru pakar dalam bidang Teknologi Pembinaan yang telah menilai kesahan kandungan modul dan seramai 30 orang pelajar telah terlibat dalam penilaian kebolehpercayaan dan keberkesanan modul. Nilai kesahan kandungan modul yang diperolehi hasil daripada penilaian yang dijalankan, sebanyak 95% bagi kedua-dua pakar bidang. Manakala, nilai Alpha Cronbach bagi penilaian kebolehpercayaan modul ialah 0.72 dan nilai keberkesanan modul pula menunjukkan skor min kumpulan eksperimen lebih tinggi daripada skor min kumpulan kawalan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kumpulan pelajar yang menggunakan modul ini mempunyai pencapaian yang tinggi berbanding kumpulan pelajar yang tidak menggunakan modul walaupun pada peringkat awal penilaian prestasi mereka sangat lemah. Pembangunan modul ini diharap dapat membantu pelajar dalam mempelajari topik ini dengan lebih baik dan jelas.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:54019
Deposited By: Dr Dayana Farzeeha Ali
Deposited On:03 Apr 2016 07:37
Last Modified:20 Nov 2017 08:52

Repository Staff Only: item control page