Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penglibatan mahasiswa secara aktif dalam bidang sukan di peringkat universiti dan kesannya terhadap pencapaian akademik

Mohd. Noor, Mohd. Samri and Mohd. Nor, Mohad Anizu (2006) Penglibatan mahasiswa secara aktif dalam bidang sukan di peringkat universiti dan kesannya terhadap pencapaian akademik. In: National Student Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August 2006, Kuala Lumpur, Malaysia. (Submitted)

[img]
Preview
PDF (Full text)
41kB

Abstract

Penglibatan mahasiswa dalam bidang sukan di universiti sering dikaitkan dengan pencapaian akademik mereka dalam setiap peperiksaan yang dijalankan. Bagi mahasiswa yang aktif bersukan dengan mewakili universiti ke kejohanan sukan seperti Kejohanan Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dikatakan punca mereka mendapat keputusan yang tidak begitu memberangsangkan. Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif yang bertujuan untuk meninjau sejauhmana penglibatan pelajar dalam bidang sukan akan mempengaruhi pencapaian akademik mereka. Objektif utama kajian ini adalah untuk membuat perbandingan pencapaian akademik di kalangan mahasiswa atlit dengan mahasiswa bukan atlit. Objektif kajian ini juga adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi akademik mahasiswa atlit di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor. Responden seramai 52 orang dipilih dikalangan mahasiswa UTM iaitu 26 orang merupakan atlit dan 26 orang lagi bukan atlit. Data kajian ini diperolehi melalui soalselidik yang diedarkan kepada semua responden. Item-item dalam soalselidik ini diproses menggunakan kaedah peratusan, melainkan item yang berkaitan dengan keputusan peperiksaan Semester I Sesi 1998/1999. Data dianalisis pada aras signifikan p<0.05 dengan menggunakan analisis ujian-t. Keputusan kajian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian akademik di antara mahasiswa atlit dan bukan atlit. Daripada hasil kajian ini, mahasiswa seharusnya digalakkan untuk bergiat aktif dalam aktiviti sukan dan rekreasi semasa di universiti kerana ia akan memberi kebaikan kepada kesihatan dan pada yang sama ia tidak menjejaskan prestasi pelajaran. Kajian ini mendapati faktor bersukan bukanlah penyebab kepada kemerosotan pencapaian akademik tetapi terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi prestasi akademik seperti tidak dapat mengikuti pelajaran yang berkesan, tiada kumpulan belajar, malu bertanya kepada pensyarah dan kawan dan lain-lain lagi.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Sukan; atlit; mahasiswa; pencapaian akademik; prestasi pelajaran
Subjects:L Education > LC Special aspects of education
Divisions:Education
ID Code:540
Deposited By: Khairulbahiyah Yaakub
Deposited On:16 Feb 2007 07:48
Last Modified:23 Aug 2017 06:29

Repository Staff Only: item control page