Aman, Mohd Salleh and Md. Jadi, Zaleha Mahasiswa aktif, mahasiswa ceria. In: n. (Submitted)
|
PDF (Full text)
43Kb |
Abstract
Kualiti fizikal mempengaruhi penampilan diri yang cemerlang, cara berfikir dan kematangan bertindak di kalangan mahasiswa. Mahasiswa yang aktif dan ceria mewujudkan suasana pembelajaran universiti yang kondusif dan secara langsung membawa imej baik universiti. Mahasiswa yang aktif di universiti cenderung mengamalkan kebiasaan yang sama bila mereka bekerja nanti. Hasrat ini boleh dicapai melalui aktiviti sukan dan rekreasi yang dilakukan secara individu dan berkumpulan, dan disokong program yang dirancang oleh komuniti universiti. Universiti bertanggungjawab memerangi gejala hidup pasif di kalangan mahasiswa. Mahasiswa yang tinggal di kawasan bandar terutamanya, banyak menghabiskan masa lapang ‘menghadap komputer’, TV, VCD, berjalan-jalan, ‘balik kampung’, ‘lepak’ di shopping centre dan berbual di café. Mereka tidak minat dan tidak biasa melakukan senaman, berekreasi atau bersukan. Mereka belum benar-benar faham akan faedah hidup aktif dan perlunya sukan dan rekreasi untuk kesihatan. Hidup pasif sebenarnya mendekatkan diri mahasiswa kepada gejala negatif – asyik dengan laman web lucah, lepak terlalu lama di luar, leka dan lalai di bilik asrama, membazir wang kerana mengayakan telefon bimbit, pakaian dan kenderaan dan terlibat dengan aktiviti terlarang. Untuk itu, asrama sewajarnya membuat perancangan tahunan aktiviti sukan dan rekreasi dan memastikan perlaksanaannya melibatkan sebahagian besar penghuni. Pengurusan universiti juga dicadangkan menjadikan “Hari Sabtu Hari Sukan� sebagai menyokong pembinaan hidup aktif dan ceria di kalangan mahasiswa.
| Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | mahasiswa, aktif, cara hidup pasif, sukan dan rekreasi |
| Subjects: | L Education > LC Special aspects of education |
| Divisions: | Others |
| ID Code: | 537 |
| Deposited By: | Pn Khairulbahiyah Yaakub |
| Deposited On: | 16 Feb 2007 07:40 |
| Last Modified: | 28 Aug 2012 04:59 |
Repository Staff Only: item control page

