Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Fiqh sains rumah tangga dan kerjaya wanita cemerlang dalam sektor awam di Malaysia

Hamzah, Naemah and Mustari, Mohd. Ismail and Basiron, Bushrah (2013) Fiqh sains rumah tangga dan kerjaya wanita cemerlang dalam sektor awam di Malaysia. In: Pasca Siswazah Fakulti Tamadun Islam Kali Kedua 2013, 18-19 Disember 2013, Main Hall, Faculty of Islamic Civilization.

[img]
Preview
PDF (Fulltext)
355kB

Abstract

Dunia hari ini menyaksikan keperluan keterlibatan wanita dalam lapangan pekerjaan semakin ketara terutama bagi menjayakan tranformasi ekonomi negara. Wanita hari ini dilihat bukan sahaja dalam kelompok sokongan namun mula melibatkan diri sebagai pembuat keputusan sepertinya hasrat pihak kerajaan. Justeru, wanita hari ini memerlukan inspirasi yang tepat berdasarkan syariat Islam dalam mencapai kejayaan dalam kerjaya dan rumah tangga. Hal ini disebabkan masih berlaku kekeliruan berkaitan hak dan peranan wanita dalam kerjaya dan rumah tangga. Dapatan baru berkaitan dunia pekerjaan semasa amat diperlukan bagi menjalankan kedua-dua fungsi ini secara seimbang. Lantaran itu, kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif melalui temu bual mendalam bagi mengumpulkan data utama dan analisis dokumen melibatkan kitab-kitab feqah, jurnal, kertas kerja dan dokumen peserta kajian sebagai data sokongan. Temu bual mendalam dijalankan terhadap wanita cemerlang kumpulan pengurusan dan professional sektor awam bagi mengenalpasti pengaplikasian amalan fiqh dalam kerjaya dan rumah tangga, ciri-ciri wanita cemerlang dan faktor sokongan kejayaan wanita bekerjaya. Aspek-aspek tersebut merupakan asas yang perlu dilaksanakan oleh wanita apabila menceburkan diri dalam dunia pekerjaan bagi memastikan syariat Islam dan tanggaungjawab hakiki dalam rumah tangga terus dipelihara. Data sokongan temu bual juga melibatkan suami, anak, majikan dan rakan sekerja bagi mewujudkan triangulation data kajian. Seterusnya, dapatan kajian dianalisis secara bertema menggunakan perisian Nvivo 7.0. Pola-pola dapatan kajian ini telah menghasilkan model wanita bekerjaya dan berumah tangga, ciri-ciri suami cemerlang ciri-ciri anak cemerlang dan ciri-ciri majikan cemerlang mengikut acuan Islam. Hasil kajian ini diharapkan dapat dikemukan sebagai panduan wanita bekerjaya masa kini dan institusi terlibat bagi menjana kualiti modal insan negara dan pembentukan keluarga yang cemerlang dunia dan akhirat.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:fiqh
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology
Divisions:Islamic Studies
ID Code:53488
Deposited By: Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Deposited On:14 Feb 2016 00:53
Last Modified:14 Feb 2016 00:53

Repository Staff Only: item control page