Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pemilihan jawatankuasa pembangunan pelajar kolej kediaman menggunakan pendekatan proses hirarki analitik kabur: kajian kes di Universiti Utara Malaysia

Mohd. Harif, Mohd. Amy Azhar and Zaini, Bahtiar Jamili and Mat Yusof, Muhammad and Mansor, Rosnalini and Ahmad, Nazihah (2006) Pemilihan jawatankuasa pembangunan pelajar kolej kediaman menggunakan pendekatan proses hirarki analitik kabur: kajian kes di Universiti Utara Malaysia. In: National Student Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August 2006, Kuala Lumpur, Malaysia. (Submitted)

[img]
Preview
PDF (Full text)
71kB

Abstract

Kepimpinan di peringkat kolej memainkan peranan penting dalam memastikan pelbagai program di kolej-kolej kediaman berjalan lancar. Kajian ini membincangkan mengenai proses yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan Universiti Utara Malaysia (UUM) terutama Pengetua Kolej Kediaman bagi membuat pemilihan kepimpinan pelajar bagi memegang jawatanjawatan utama kolej iaitu presiden, timbalan presiden dan naib presiden Jawatankuasa Pembangunan Pelajar Kolej Kediaman (JPPK). Dua objektif telah dikenalpasti bagi tujuan kajian ini, iaitu i) mengenal pasti kriteria yang dicadangkan bagi digunakan dalam pemilihan JPPK Kolej di UUM, dan ii) menentukan calon yang sesuai bagi memegang jawatan utama iaitu presiden, timbalan presiden dan naib presiden JPPK Kolej. Melalui kajian ini, empat faktor utama telah dikenal pasti dalam pemilihan jawatan utama JPPK kolej iaitu faktor karismatik, komunikasi interpersonal, karakter diri dan keperibadian. Bagi menentukan pilihan JPPK yang ideal, sebuah kolej kediaman di UUM telah dipilih bagi menentukan pelajar yang ideal memegang jawatan JPPK kolej kediaman tersebut. Pemilihan ini dibuat berdasarkan teknik Proses Hirarki Analitik dan nilai keserasian yang diperolehi melalui kaedah TOPSIS dalam persekitaran kabur.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Kepimpinan pelajar; proses hirarki analitik; topsis.
Subjects:L Education > LC Special aspects of education
ID Code:528
Deposited By: Khairulbahiyah Yaakub
Deposited On:16 Feb 2007 07:37
Last Modified:23 Aug 2017 06:27

Repository Staff Only: item control page