Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penyelidikan semasa ke atas herba tempatan bagi mengekalkan kesihatan

Abdul Aziz, Ramlan and Muhammad, N. A. I. and Taher, Z. M. and Zainol, N. A. (2005) Penyelidikan semasa ke atas herba tempatan bagi mengekalkan kesihatan. In: Konvensyen Seni Rawatan Dan Kecantikan Secara Tradisi 2005, 5-6 Mac 2005, Kompleks Mawar, Johor Bharu.

[img]
Preview
PDF
279Kb

Abstract

Dewasa ini masyarakat kian sedar bahawa kehidupan yang sihat dapat menjamin kesihatan dan dapat mengelakkan diri daripada dijangkiti penyakit, seterusnya dapat menikmati kehidupan yang lebih berkualiti. Rawatan herba banyak digunakan untuk merawat penyakit-penyakit kronik dan akut. la juga penting untuk mengekalkan kesihatan dan mengelakkan penyakit. Kesihatan merangkumi bidang yang luas iaitu semua aktiviti yang dilakukan dalam kehidupan, yang memfokuskan aspek fizikal, mental, spiritual dan emosi. Kebanyakan produk di pasaran adalah berasaskan kombinasi pelbagai jenis herba. Secara realiti, perubatan herba mempunyai sejarah tersendiri. Kebanyakan perubatan pada kurun ke-21 dibangunkan daripada perubatan tradisional iaitu masalah kesihatan dirawat menggunakan. tumbuhan tertentu. Pada masa kini, sains telah mengasingkan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri perubatan dan komponen-komponen tersebut diekstrak serta dianalisis. Banyak komponen tumbuh-tumbuhan kini dihasilkan secara sintesis dalam makmal yang besar untuk digunakan dalam penyediaan farmaseutikal. Di Malaysia, herba-herba yang digunakan secara meluas untuk perubatan dan kosmetik adalah Eurycoma longifolia (Tongkat Ali), Curcuma zanthorizza (Temulawak), Zingiber zerumbet (Lempoyang), Centella asiatica (Pegaga), Morinda citronella (Mengkudu), Labisia pumilla ( Kacip Fatimah), Orthosiphon stamineus (Misai Kucing) and Andrographis paniculata (Hempedu Bumi). Kesemua produk-produk herba yang dihasilkan daripada herba-herba tersebut mempunyai ciri-ciri perubatan dan bertindak sebagai anti-diabetik, anti-kanser, anti-inflamasi dan anti-oksidan. Di samping itu juga, kita perlu sedar akan ketoksikan produk-produk herba tersebut. Malah dengan nilai perubatan herba yang tinggi di pasaran dunia, peluang untuk Malaysia bertindak sebagai peranan utama dalam pertumbuhan perubatan dan pengeluaran produk herba adalah amat cerah.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Herba tempatan, kesihatan, perubatan
Subjects:T Technology > T Technology (General)
Divisions:Chemical and Natural Resources Engineering (Formerly known)
ID Code:5266
Deposited By: Norhani Jusoh
Deposited On:19 Mar 2008 00:55
Last Modified:01 Jun 2010 15:28

Repository Staff Only: item control page