Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Peningkatan kesejahteraan dan produktiviti komuniti dengan penggunaan rawatan alternatif serta penglibatan dalam industri herba

Abdul Aziz, Ramlan and Muhammad, N. A. I. and Taher, Z. M. (2005) Peningkatan kesejahteraan dan produktiviti komuniti dengan penggunaan rawatan alternatif serta penglibatan dalam industri herba. In: Konvensyen Kebangsaan Kecemerlangan Sosial dan Pembangunan Komuniti, 16-17 Mei 2005, Hotel Equatorial, Bandar Hilir Melaka.

[img]
Preview
PDF
248kB

Official URL: https://books.google.com.my/books/about/Konvensyen...

Abstract

Dewasa ini masyarakat kian sedar bahawa kehidupan yang sihat dapat menjamin kesihatan dan dapat mengelakkan diri daripada dijangkiti penyakit, seterusnya dapat menikmati kehidupan yang lebih berkualiti. Rawatan herba banyak digunakan untuk merawat penyakit-penyakit kronik dan akut. la juga penting untuk mengekalkan kesihatan dan mengelakkan penyakit. Kesihatan merangkumi bidang yang luas laitu semua aktiviti yang dilakukan dalam kehidupan, yang memfokuskan aspek fizikal, mental, spiritual dan emosi. Kebanyakan produk di pasaran adalah berasaskan kombinasi pelbagai jenis herba. Secara realiti, perubatan herba mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Pada masa kini, rawatan alternatif juga banyak digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Antaranya ialah homeopati, akupunktur, acupressure, refleksologi dan yoga. Rawatan alternatif adalah rawatan yang bebas dari unsur dadah. Di Malaysia, herba-herba yang digunakan secara meluas untuk perubatan dan kosmetik adalah Eurycoma longifolia (Tongkat Ali), Curcuma zanthorizza (Temulawak), Zingiber zerumbet (Lempoyang), Centella asiatica (Pegaga), Morinda citronella (Mengkudu), Labisia pumilla ( Kacip Fatimah), Orthosiphon stamineus (Misai Kucing) dan Andrographis paniculata (Hempedu Bumi). Kesemua produk-produk herba yang dihasilkan daripada herba-herba tersebut mempunyai ciri-cini perubatan dan bertindak sebagai anti-diabetik, anti-kanser, anti-inflamasi dan anti-oksidan. Industri herba im bukan sahaja dapat meningkatkan kesejahteraan komuniti melalui penyelenggaraan kesihatan diri (self health maintenance), la juga membantu dalam memingkatkan pendapatan komuniti melalui penjualan bahan mentah kepada industri herba yang sedang digalakkan secara besar-besaran oleh kerajaan pusat.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Industri herba, kesejahteraan produktiviti, kesejahteraan komuniti, rawatan alternatif
Subjects:T Technology > T Technology (General)
Divisions:Chemical and Natural Resources Engineering
ID Code:5265
Deposited By: Norhani Jusoh
Deposited On:13 Mar 2008 10:30
Last Modified:01 Oct 2017 02:55

Repository Staff Only: item control page