Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Analisis kesilapan dalam tajuk ungkapan algebra di kalangan pelajar tingkatan empat

Azrul Fahmi, Ismail and Marlina, Ali (2007) Analisis kesilapan dalam tajuk ungkapan algebra di kalangan pelajar tingkatan empat. Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor, 17 (1). pp. 20-30. ISSN 0128-4290

[img]
Preview
PDF
103kB

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti kesilapan di kalangan pelajar tingkatan empat di salah sebuah sekolah menengah yang terletak di Johor Bahru, Johor Darul Takzim dalam tajuk Ungkapan Algebra. Seramai 65 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan terlibat dalam kajian ini. Alat kajian yang digunakan ialah Ujian Diagnostik Ungkapan Algebra. Nilai kebolehpercayaan alat kajian ini ialah α = .78. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif iaitu min dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan pencapaian keseluruhan pelajar dalam tajuk Ungkapan Algebra adalah memuaskan. Hanya pada subtopik menukarkan ungkapan algebra yang mengandungi tiga sebutan kepada hasil darab dua ungkapan menunjukkan pencapaian yang tidak memuaskan.Terdapat pola-pola kesilapan yang dilakukan oleh pelajar dalam setiap subtopik yang diuji. Pola kesilapan yang paling tinggi ialah kesilapan disebabkan pelajar tidak dapat memfaktorkan ungkapan algebra yang diberikan.

Item Type:Article
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
Divisions:Education
ID Code:5238
Deposited By: Marlina Ali
Deposited On:05 Mar 2008 06:19
Last Modified:01 Jun 2010 15:27

Repository Staff Only: item control page