Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesan kelembapan ke atas kadar kebocoran gas

Abdul Majid, Zulkifli and Nasir, Abu Samah and Yunus, Sofiah (1995) Kesan kelembapan ke atas kadar kebocoran gas. Buletin FKKKSA . pp. 31-41. ISSN 0128-0740

[img]
Preview
PDF
2MB

Abstract

Kebocoran merupakan satu masalah utama yang sering berlaku di dalam sistem penghantaran dan pengagihan gas. Sistem penghantaran dan pengagihan biasanya menggunakan talian paip samada atas tanah atau bawah tanah. Bagi paip bawah tanah, sifat tanah seperti saiz butiran, kelembapan, kebolehtelapan dan keporosan adalah antara faktor yang mempengaruhi kadar aliran kebocoran gas. Satu ujikaji telah dijalankan dengan menggunakan tiga jenis tanah yang mempunyai kelembapan dan saiz yang berbeza-beza. Jenis-jenis tanah tersebut ialah tanah berpasir, tanah berlaterit dan tanah berlempung. Julat kelembapan yang digunakan ialah di antara 0.1 hingga 0.4, manakala julat saiz pula adalah diantara 2.36 milimeter hingga 0.15 milimeter. Keputusan menunjukan bahawa kadar kebocoran dan nilal kebolehtelapan adalah berkadar songsang dengan kelembapan tanah hingga pada satu tahap kelembapan maksimum, kedua nilai menjadi sifar. Walaubagaimanapun nilai-nilai tersebut berkadar terus dengan saiz butiran tanah.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Kadar kebocoran gas, kelembapan, pengagihan gas, penghantaran gas
Subjects:T Technology > T Technology (General)
Divisions:Chemical and Natural Resources Engineering
ID Code:5206
Deposited By: Norhani Jusoh
Deposited On:29 Feb 2008 10:25
Last Modified:01 Jun 2010 15:27

Repository Staff Only: item control page