Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penulenan dan penjujukan protein hirudin daripada lintah tempatan (hirudinaria manillensis) bagi penghasilan protein hirudin secara skala besar pada peringkat industri

Abdul Latif, Fazilah and Salim, Norizah (1993) Penulenan dan penjujukan protein hirudin daripada lintah tempatan (hirudinaria manillensis) bagi penghasilan protein hirudin secara skala besar pada peringkat industri. Seminar Penyelidikan Fakulti Kej. Kimia & Kej. Sumber Asli . pp. 1-6.

[img]
Preview
PDF
4MB

Abstract

Fokus penyelidikan ini adalah untuk menulenkan protein hirudin daripada lintah tempatan, Hirudinaria manillensis. Hirudin adalah antikoagulan semulajadi yang dirembeskan oleh kelenjar liur lintah. Ia mempunyai kepentingan dalam bidang perubatan kerana ia boleh berfungsi secara berkesan menyekat pembentukan thrombus bagi menghalang proses pembekuan darah. Sehingga kini kajian mengenai hirudin adalah dari lintah Benua Eropah, Hirudo medicinalis. Ia boleh digunakan dalam merawat beberapa jenis penyakit thrombotik seperti rawatan bagi pesakit jantung dan semasa pembedahan. Teknik-teknik penulenan yang dijalankan melibatkan teknik-teknik asas ekstraksi protein, melibatkan pemendakan garam NH4SO4, sistem elektroforesis, ultracentrifuge, low chromatography column, rotofor dan penulenan jitu HPLC.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Hirudin, hirudinaria manillensis, lintah tempatan, protein
Subjects:T Technology > T Technology (General)
Divisions:Chemical and Natural Resources Engineering
ID Code:5197
Deposited By: Norhani Jusoh
Deposited On:27 Feb 2008 10:17
Last Modified:01 Jun 2010 15:27

Repository Staff Only: item control page