Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Sistem perawatan minyak mentah bagi alat penuras vakum drum berputar

Ripin, Adnan and Abdul Aziz, Ramlan (1993) Sistem perawatan minyak mentah bagi alat penuras vakum drum berputar. Seminar Penyelidikan Fakulti Kej. Kimia & Kej. Sumber Asli . pp. 4-5.

[img]
Preview
PDF
2307Kb

Abstract

Tujuan penyelidikan ini ialah untuk membina satu sistem perawatan minyak sawit, terutamanya untuk menurunkan paras pasir dalam minyak sawit mentah, bagi sistem penurasan minyak sawit mentah yang telah dibina. Dari kajian ciri zarah minyak sawit, telah menunjukkan bahawa terdapat sejumlah pasir halus dalam buburan minyak sawit mentah. Kandungannya berbeza mengikut masa dan lokasi kilang sawit tersebut. Kehadiran pasir walau pun dalam kuantiti yang kecil didapati boleh menganggu kelancaran sistem penurasan terutamanya yang berasaskan penurasan arah bawah. Oleh itu kajian perlu dilakukan untuk membina sistem perawatan yang boleh digabungkan dengan alat penuras. Dengan ini memungkinkan kaedah penurasan digunakan pada sebarang keadaan minyak mentah. Ujian dilakukan dengan menggunakan hidrosiklon yang mempunyai sudut kun yang berlainan iaitu 8, 16, 20 dan 25 darjah. Disamping itu, kesan kadar alir suapan juga dikaji bagi menilai corak pemisahan. Kajian ini mendapati bahawa peratus pemisahan pasir meningkat dengan peningkatan kadar alir suapan dan penurunan sudut kun.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Hidrosiklon, minyak sawit mentah, paras pasir, penuras vakum drum berputar, sistem perawatan minyak mentah
Subjects:T Technology > T Technology (General)
Divisions:Chemical and Natural Resources Engineering (Formerly known)
ID Code:5187
Deposited By: Norhani Jusoh
Deposited On:25 Feb 2008 09:53
Last Modified:01 Jun 2010 15:27

Repository Staff Only: item control page