Sulaiman, Hanizam (1993) Reogram untuk polietilena berat molekul tertinggi dari indeks pengaliran leburan. Seminar Penyelidikan Fakulti Kej. Kimia & Kej. Sumber Asli . pp. 1-2.
|
PDF
5MB |
Abstract
Dalam perekaan bentuk alas pemprosesan polimer, pengoptimuman proses dan pengenalan masalah proses, pengetahuan mengenai lengkung pengaliran atau reogram sesuatu leburan polimer yang memberikan gambaran penuh kebezaan kelikatan leburan pada julat kadar ricihan dan suhu yang berkaitan di industri pemprosesan polimer adalah sangat penting.Walaubagaimanapun, data-data yang diperlukan untuk reogram ini diperolehi dari alat-alat pengukur kelikatan, reometer, yang canggih dan mahal dan memerlukan pengguna yang terlatih. Kebanyakan pengilang atau pemproses polimer tidak mampu untuk mempunyai peralatan saintifik yang serba canggih ini. Parameter pengaliran leburan yang mudah diperolehi oleh pengilang ialah indeks pengaliran leburan (melt flow index (MFI) bahan yang biasanya akan dibekalkan oleh pengeluar bahan mentah. Satu kaedah yang menggunakan indeks pengaliran leburan untuk menganggar lengkung pengaliran atau reogram polietilena berat molekul tertinggi (ultra high molecular weight polyethylene (UHMWPE) dibentangkan dalam kertas kerja ini. Dalam kaedah ini, hanya data MFI dan suhu peralihan kaca UHMWPE diperlukan untuk menganagar reogram pada suhu pemprosesan. Kaedah ini mampu untuk menganggar reogram untuk bahan-bahan polimer yang lain, seperti polipropilena, polistirena, polietilena berketumpatan rendah dan tinggi, dan poliamida (nylon) dengan berkesan.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Bahan polimer, indeks pengaliran leburan, polietilena berat molekul tertinggi, reogram |
Subjects: | T Technology > T Technology (General) |
Divisions: | Chemical and Natural Resources Engineering |
ID Code: | 5156 |
Deposited By: | Norhani Jusoh |
Deposited On: | 22 Feb 2008 10:09 |
Last Modified: | 01 Jun 2010 03:24 |
Repository Staff Only: item control page