Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pelarasan L1 Norm dan Pengesanan Selisih Kasar Cerapan Ukur

Setan, Halim and Muhammad, Amri (1999) Pelarasan L1 Norm dan Pengesanan Selisih Kasar Cerapan Ukur. Buletin Geoinformasi, 2 (1). pp. 13-21. ISSN 1394-7702

[img] PDF
120Kb

Abstract

Kaedah pelarasan ukur dan ujian statistik yang digunakan akan menentukan keberkesanan pengesanan selisih kasar dalam satu jaringan geodetik. Berasaskan kepada pelarasan kuasa dua terkecil (L2 - Norm), beberapa kaedah bagi mengesan selisih kasar telah dikembangkan, seperti kaedah Baarda, Pope (Tau) dan Danish. Berbasis kepada pelarasan L2, kegagalan pengesanan mungkin akan semakin meningkat apabila wujud selisih kasar berganda, meningkatnya korelasi reja dan rendahnya bilangan lebihpada. Selain daripada L2- Norm, satu lagi kaedah pelarasan menggunakan kriteria jumlah absolut reja terkecil (Li-Norm). Berbeza dengan pelarasan L2 yang sensitif terhadap selisih kasar, pelarasan L, tidak sensitif terhadap selisih kasar. Kertas kerja ini membincangkan pelarasan dan prosedur pengesanan selisih kasar berdasarkan LI. Satu contoh numerikal disertakan untuk menunjukkan keberkesanan kaedah pengesanan tersebut.

Item Type:Article
Subjects:T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions:Geoinformation Science And Engineering (Formerly known)
ID Code:5110
Deposited By: En. Tajul Ariffin Musa
Deposited On:05 Feb 2008 01:44
Last Modified:01 Jun 2010 03:23

Repository Staff Only: item control page