Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Gugatan akidah: mentaati selain Allah

Shah Yahya, Muhamad Idzmir and Basiron, Bushrah (2015) Gugatan akidah: mentaati selain Allah. In: Seminar Pemantapan Akidah 2015, 16 Mei 2015, Dewan Kuliah Khadijah, Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia. Skudai, Johor,.

[img]
Preview
PDF (Cover)
35kB
[img]
Preview
PDF (Fulltext)
110kB

Abstract

Sememangnya sebagai umat Islam yang berpegang teguh dengan akidah terhadap pengesaan Allah asasnya sudah semestinya adalah mentaati Allah dan mengikuti ajaran pesuruh-Nya, iaitu nabi Muhammad SAW. Walaupun berbagai dakyah dan cubaan untuk cuba memesongkan agama dan akidah yang umat Islam miliki tetapi sekiranya asasnya sudah kukuh dan utuh adalah mustahil untuk fahaman lain menerobos ke dalam pemikiran umat Islam. Untuk itu kesemua umat Islam perlulah mempunyai asas iman yang kukuh dan padu. Bukan hanya sekadar mampu di ungkap dengan kata-kata tapi hendaklah dipastikan dengan tindakan. Umat Islam hendaklah bertindak dengan cara yang bijak, yang dimaksudkan bukanlah dengan cara menghalang dan membataskan agama lain daripada mengamalkan anutan mereka. Sebaliknya, umat Islam perlu memahami dengan kefahaman yang tidak ada keraguan bahawa tiada agama lain yang lebih benar selain daripada agama yang dibawakan oleh nabi Muhammad saw yang berasaskan wahyu Allah, iaitu al-Quran. Bukan itu sahaja, perlu juga umat Islam mengikuti al-Sunnah, iaitu mengamalkan segala perkataan, perbuatan dan takrir yang dilakukan dan diamalkan oleh Rasulullah. Sesudah difahami hendaklah pula umat Islam menjadi penyebar dan menyebarkan kefahaman tersebut kepada kesemua umat Islam lain yang masih tercari-cari hala tuju akidah mereka. Semoga dengan itu mampu menyumbang ke arah menjulang kehebatan agama Islam. Insya-Allah.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Islamic believe
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BT Doctrinal Theology
Divisions:Education
ID Code:50748
Deposited By: Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Deposited On:30 Dec 2015 01:42
Last Modified:30 Dec 2015 01:42

Repository Staff Only: item control page