Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pelaporan penyata aliran tunai di Malaysia : satu kajian lanjutan

Ali Khan, Mohd. Nor Azli and Abdul Rahim, Kamaruzzaman (2005) Pelaporan penyata aliran tunai di Malaysia : satu kajian lanjutan. Jurnal Kemanusiaan (5). pp. 11-22. ISSN 1675-1930

[img]
Preview
PDF - Published Version
1MB

Official URL: http://www.fppsm.utm.my/download/cat_view/13-jurna...

Abstract

Kajian ini merupakan kajian lanjutan bagi membincangkan amalan pelaporan penyata aliran tunai dalam laporan tahunan syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL), kini dikenali sebagai Bursa Malaysia. Objektif utama kajian adalah untuk melihat sama ada wujud hubungan Antara kaedah pelaporan penyata aliran tunai daripada aktiviti kendalian dengan ciri syarikat. Di samping itu juga, kajian ini turut mengkaji praktis terkini pelaporan aliran tunai daripada aktiviti kendalian. Teknik persampelan secara rawak digunakan di dalam kajian ini. Sampel terdiri daripada 181 buah syarikat dalam pelbagai industry iaitu dipilih daripada 598 buah syarikat yang tersenarai di Papan Utama BSKL sehingga 31 Disember 2003. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah tidak langsung merupakan kaedah yang popular di kalangan sampel kajian dalam melaporkan aliran tunai bagi aktiviti kendalian. Seterusnya, melalui ujian statistik yang dilakukan didapati bahwa tidak wujud hubungan antara kaedah pelaporan aliran tunai daripada aktiviti kendalian dengan jenis industri, saiz syarikat dan firma audit yang mengaudit syarikat.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:cash flow, Malaysia
Subjects:H Social Sciences > HG Finance
Divisions:Management and Human Resource Development
ID Code:5041
Deposited By: Zalinda Shuratman
Deposited On:22 Jan 2008 01:34
Last Modified:15 Aug 2017 09:32

Repository Staff Only: item control page