Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesan nisbah mobiliti terhadap kecekapan penempatan gel

Idris, Ahmad Kamal and Ikhsan, Azman and Kasmungin, Sugiatmo and Siew, Wu Yow (2001) Kesan nisbah mobiliti terhadap kecekapan penempatan gel. Proceedings of The 15th Symposium of Malaysian Chemical Engineers SOMChE 2001 . pp. 203-210.

[img] PDF
2MB

Abstract

Kajian makmal telah dijalankan untuk mempelajari mekanisme aliran polimer pada proses pembentukan gel dalam media berliang. Polyacrylamide pada kelikatan yang berlainan (20-54 cp) telah disuntik bersama penyilang-ikat, CR3+ (200 ppm) dan Na+ (1000 ppm) ke dalam model berskala mikro yang basah air pada keadaan suhu bilik. Aliran polimer di dalam sistem air dan minyak diperhatikan dengan menggunakan mikroskop. Peningkatan kepekatan polimer akan meningkatkan kelikatan larutan dan memberi kawalan mobiliti yang lebih baik. Kajian ke atas kesan pembaikan nisbah mobiliti terhadap peningkatan kecekapan penembusan larutan polimer dalam media berliang telah dijalankan. Pada peringkat skala mikro, dapat diperhatikan bahawa polimer telah menembusi laluan yang tersedia untuk minyak, ynag tidak tercapai jika larutan polimer yang kurang likat digunakan (nisbah mobiliti yang kurang baik). Pembaikan nisbah mobilti meningkatkan kecekapan penempatan gel dengan membolehkan polimer menembusi laluan yang tersedia untuk minyak.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Kecekapan penempatan gel, minyak, nisbah mobiliti, penyilang-ikat, polimer
Subjects:T Technology > T Technology (General)
Divisions:Chemical and Natural Resources Engineering
ID Code:5035
Deposited By: Norhani Jusoh
Deposited On:21 Jan 2008 09:02
Last Modified:01 Jun 2010 03:22

Repository Staff Only: item control page