Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Rekabentuk Dan Pembangunan Almanak Berdasarkan Epok J2000.0

Omar, Kamaluddin and Subari, Mustafa Din and Tan, Eng Liang (1998) Rekabentuk Dan Pembangunan Almanak Berdasarkan Epok J2000.0. Buletin Geoinformasi, 2 (2). pp. 267-271. ISSN 1394-7702

[img] PDF
253kB

Abstract

Penggunaan almanak astronomi adalah penting dalam kerja Ukur Tanah, Astronomi dan Falak Syarie. Alfnanak terbitan negara Malaysia yang sedia ada seperti Almanak Ukur Malaysia dan Almanak Falak Syarie, masih berdasarkan kepada epok piawai J1950 untuk perhitungan efemeris matahari. Data-data untuk efemeris matahari dan R telah dihitung menggunakan Jadual Matahari Newcomb (1895), Teori Egahan Woolard (1953) dan Sistem Tetapan Astronomi IAU (1964). Efemeris bulan pula dihitung menggunakan Persamaan E. W. Brown yang diringkaskan. Sejak 1984 almanak keluaran luar negara seperti The Star Almanac for Land Surveyors, Astronomical Almanac dan sebagainya telah menggunakan epok piawai J2000 sebagai epok rujukan. Dengan ini almanak yang sedia ada perlu dipertingkatkan kepada epok J2000. Satu perisian dibangunkan bagi menghitung almanak berdasarkan epok J2000. Efemeris matahari almanak ini dihitung mengunakan modifikasi Teori Newcomb iaitu Jadual Matahari Newcomb (1898), Teori Egahan IAU 1980 dan Sistem Tetapan Astronomi IAU (1976). Efemeris bulan pula telah dihitung menggunakan persamaan penuh E. W. Brown. Perisian bagi menghitung efemeris matahari dan • bulan dHaksanakan dengan aturcara komputer FORTRAN Visual Workbench Ver 1.0. Keputusan hasH hitungan dibandingkan dengan beberapa almanak sedia ada. Analisa hasH hitungan menunjukkan almanak yang baru ini dapat menghasilkan data efemeris dalam toleransi kejituan yang dijangkakan.

Item Type:Article
Subjects:T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions:Geoinformation Science And Engineering
ID Code:4955
Deposited By: Tajul Ariffin Musa
Deposited On:16 Jan 2008 05:43
Last Modified:01 Jun 2010 03:22

Repository Staff Only: item control page