Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kepentingan Kajian Alam Sekitar Bagi Profesyen Ukur Tanah

Jusoh, Nawawi and Mohamad Hasan, Mohd Shakirin (1998) Kepentingan Kajian Alam Sekitar Bagi Profesyen Ukur Tanah. Buletin Geoinformasi, 2 (1). pp. 173-182. ISSN 1394-7702

[img] PDF
651Kb

Abstract

Aktiviti pembangunan tanah dan sumber-sumber asli merupakan teras kepada pembangunan ekonomi dan sosial di negara kita. Aktiviti-aktiviti ini adalah seperti perlombongan, pembukaan tanah rancangan pertanian, pembalakan, menebusguna tanah di kawasan pantai, pembangunan bandar dan pembangunan infrastruktur umum. Kesemua aktiviti ini telah menimbulkan masalah dan memberikan kesan ke atas alam sekitar yang mengurangkan potensi perhutanan, kemusnahan ekosistem semulajadi, hakisan tanah, pemendapan sungai, banjir dan sebagainya. Untuk itu, perolehan maklumat, pengawasan, perancangan dan mengenalpasti pencemaran dan kesan kemudiannya perlu dilaksanakan. Bagi menjayakannya, pembabitan semua pihak adalah perlu dan Profesyen Ukur Tanah adalah tidak terkecuali. Dalam kajian ini, 7 bidang Ukur Tanah telah dikaji bagi menentukan adakah ianya penting atau tidak, khususnya dalam konteks Alam Sekitar. Analisa yang dibuat melalui borang soal-selidik dengan perisian SPSS menunjukkan kepentingan alam sekitar kepada profesyen Ukur Tanah adalah penting dan perlu diberi perhatian yang sewajarnya.

Item Type:Article
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Geoinformation Science And Engineering (Formerly known)
ID Code:4945
Deposited By: En. Tajul Ariffin Musa
Deposited On:16 Jan 2008 04:45
Last Modified:01 Jun 2010 03:22

Repository Staff Only: item control page