Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengurusan makmal berkualiti bagi makmal amali pelajar: pengalaman makmal pengujian petroleum, UTM

A. Manan, Muhammad and Ismail, Issham (1997) Pengurusan makmal berkualiti bagi makmal amali pelajar: pengalaman makmal pengujian petroleum, UTM. Seminar Kebangsaan Teknologi Makmal .

[img] PDF
337kB

Abstract

Makmal Pengujian Petroleum, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah dirangka seumpamanya untuk berfungsi sebgai makmal amali pelajar, makmal penyelidikan dan makmal perkhidmatan yang merangkumi tiga kumpulan pelanggan utamanya ialah para pelajar, para penyelidik dan para pelanggan luar. Cabaran yang dihadapi oleh makmal ini sekarang adalah untuk melaksanakan progaram akreditasi makmal dengan mengambil kira kepentingan para pelanggannya. Ciri-ciri utama dalam keperluan akreditasi menghendaki supaya makamal dapat memastikan bahawa terdapat unsur pengurusan berkualiti dan jaminan berterusan dalam aspek kerahsiaan, keintegritian, dan keselamatan terhadap dokumen kualiti, personel, rekod/fail, peralatan dan bahan. Dengan itu, satu sistem pengurusan makmal yang menyeluruh yang melibatkan semua pihak telah digubal supaya makmal dapat memenuhi keperluan yang ditetapkan dan pada masa yang sama amali pelajar dapat dijalankan dengan sempurna. Kertas kerja seminar ini akan membincangkan beberapa langkah pengurusan yang telah diambil oleh pihak makmal bagi mewujudkan suasana yang sesuai untuk amali pelajar dijalankan tetapi tidak berkompromi tentang aspek kualiti makmal.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Amali pelajar, pengurusan makmal, makmal pengujian petroleum, makmal SAMM, pensijilan ISO
Subjects:T Technology > TP Chemical technology
Divisions:Chemical and Natural Resources Engineering
ID Code:4879
Deposited By: Prof Madya Issham Ismail
Deposited On:15 Jan 2008 03:53
Last Modified:01 Jun 2010 03:21

Repository Staff Only: item control page