Junin, Radzuan and Abdul Karim, Khairuddin (1992) Bentonit Lahad Datu, Sabah: mineralogi, sifat-sifat fiziko-kimia dan potensinya sebagai tanah peluntur. Seminar Penyelidikan Fakulti Kej. Kimia & Kej. Sumber Asli . I-8.
PDF
2MB |
Abstract
Dengan bermulanya pengeluaran lempung teraktif oleh industri tempatan maka telah mewujudkan permintaan ke atas lempung bentonit (montmorilonit) yang merupakan bahan mentah asas yang digunakan dalam proses pembuatan lempung teraktif. Usaha meneroka bahan mentah ini melalui program penggeremitan dan persampelan di lapangan telah dijalankan ke atas formasi geologi terpilih di statu kawasan secara yang secara kolektif membentuk Kumpulan Segama yang terdapat di sekitar Lahad Datu, Sabah. Beberapa sampel yang mewakili jumlah variasi daripada endapan lempung bentonit telah dikaji tentang sifat-sifat minerologi dan fiziko-kimianya.Mineral dominan yang wujud ialah lempung Ca-montmorilonit dan disamping itu terdapat juga kuarza, feldspar dan zeolit sebagai bendasing utama. Kajian awal yang berdasarkan daripada beberapa ujian sifat-sifat kimia dan fizik menunjukkan bahawa bahan ini berkemungkinan boleh digunakan sebagai lempung peluntur (atau sebagai bahan mentah yang digunakan dalam pembuatan lempung teraktif asid). Namun demikian, penilaian secara komersial ke atas mendapan lempung ini masih lagi bergantung kepada beberapa kajian percubaan terutamanya ujian pengaktifan asid dan ujian pelunturan minyak kelapa sawit mentah dengan menggunakan lempung teraktif yang dihasilkan daripada bentonit Lahad Datu.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Bentonit Lahad Datu, lempung teraktif, mineralogi, minyak kelapa sawit mentah, tanah peluntur |
Subjects: | T Technology > T Technology (General) |
Divisions: | Chemical and Natural Resources Engineering |
ID Code: | 4863 |
Deposited By: | Norhani Jusoh |
Deposited On: | 14 Jan 2008 10:10 |
Last Modified: | 01 Jun 2010 03:21 |
Repository Staff Only: item control page