Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penurasan vakum arah atas dan bawah

Ripin, Adnan and Abdul Aziz, Ramlan and Mohamed , N.H. and Abu Che', N (1992) Penurasan vakum arah atas dan bawah. Seminar Penyelidikan Fakulti Kej. Kimia & Kej. Sumber Asli . II-4.

[img] PDF
1MB

Abstract

Penurasan vakum aras atas dan penurasan vakum arah bawah adalah satu kaedah pemisahan pepejal-cecair yang telah digunakan untuk mencari alternatif yang sesuai bagi penurasan minyak kelapa sawit mentah. Kedua-dua kaedah penurasan ini telah dilakukan pada tekanan 200, 300, 400 dan 500 mmHg dengan suhu ditetapkan pada 85C. Dari eksperimen yang telah dijalankan, data-data % kelembapan, %kandungan minyak dalam kek, kerintangan spesifik dan kerintangan medium ditentukan. Hasil yang diperolehi bagi penurasan vakum arah atas secara purata masing-masingnya ialah 57.77%, 53.66%, 1.0x10(10) m/kg dan 1.0x10(10)m(-1). Manakala bagi penurasan vakum arah bawah pula masing-masingny ialah 58.9%, 27.78%, 0.4x10(13)m/kg dan 15x10(11)m(-1). Dilihat daripada nilai kerintangan spesifik kek, didapati penurasan vakum arah atas mempunyai nilai kerintangan spesifik yang lebih rendah daripada penurasan vakum aras bawah. ini menunjukkan bahawa penurasan vakum arah atas adalah lebih baik dan sesuai digunakan sebagai skil makmal di dalam penentuan teknik penurasan yang sesuai.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Kerintangan spesifik kek, pemisahan pepejal-cecair, penurasan vakum
Subjects:T Technology > T Technology (General)
Divisions:Chemical and Natural Resources Engineering
ID Code:4847
Deposited By: Norhani Jusoh
Deposited On:14 Jan 2008 10:17
Last Modified:01 Jun 2010 03:21

Repository Staff Only: item control page