Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Ke arah meningkatkan sinar kegemilangan ilmu falak syarie: modul pembelajaran dan pengajaran di Universiti Teknologi Malaysia

Che Awang, Mohamad Saupi and Kamaruddin, Md. Nor (2007) Ke arah meningkatkan sinar kegemilangan ilmu falak syarie: modul pembelajaran dan pengajaran di Universiti Teknologi Malaysia. In: Simposium Pengajaran dan Pembelajaran UTM 2007 (SPPUTM 07), 28-29 November 2007, Johor Bahru, Malaysia.

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

108Kb

Abstract

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) adalah sebuah institusi pengajian tinggi yang melahirkan ilmuan dalam pelbagai bidang profesional diantaranya Kejuruteraan Geomatik. Lazimnya, sebahagian graduan kejuruteraan geomatik yang bergelar jurukur tanah berkhidmat di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Mereka ini terlibat dengan aktiviti falak syarie seperti penetapan arah Qiblat di masjid, surau dan tanah perkuburan; penyediaan data bagi pengiraan waktu solat; cerapan hilal (anak bulan) dan sebagainya. Sungguhpun keilmuan falak syarie amat penting kerana berkait rapat dengan urusan ibadah khusus umat Islam tetapi perkembangan pendidikannya agak terhad. Sebelum ini, graduan kejuruteraan geomatik tidak berpeluang mengikuti secara formal ilmu ini. Mereka sekadar memperolehi sedikit pendedahan ketika mengikuti subjek astronomi yang merupakan salah satu subjek teras dalam kurikulum sarjana muda kejuruteraan geomatik. Menyedari akan keperluan keilmuan falak syarie kerana ia salah satu bidang sains Islam maka sinar keilmuan tersebut perlu digilap semula. Kaedah pendidikan merangkumi proses pembelajaran dan pengajaran jalan terbaik dan berkesan dalam usaha mengembalikan semula sinar kegemilangan falak syarie. Usaha tersebut perlu dibuat dengan penuh iltizam oleh semua pihak yang prihatin terhadap kemajuan ilmu ini. Kertas kerja ini mengimbas kurikulum termasuk aktiviti pembelajaran dan pengajaran bidang falak syarie dilaksanakan Jabatan Kejuruteraan Geomatik, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi, Universiti Teknologi Malaysia.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:falak syarie, astronomi geodetik, astronomi lapangan, Rubuq Mujayyab
Subjects:T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions:Geoinformation Science And Engineering (Formerly known)
ID Code:4833
Deposited By: En. Tajul Ariffin Musa
Deposited On:08 Jan 2008 01:15
Last Modified:10 Apr 2012 01:33

Repository Staff Only: item control page