Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penentuan parameter teori erapan mod duaan (dual sorption theory) untuk gas N2

Mohd Azoddein, Abd Aziz and Saidi, Hamdani (1994) Penentuan parameter teori erapan mod duaan (dual sorption theory) untuk gas N2. Seminar Penyelidikan Fakulti Kej. Kimia & Kej. Sumber Asli .

[img] PDF
919kB

Abstract

Terdapat dua teori yang selalu digunakan bagi menerangkan mekanisma molekul gas melalui membran polimer iaitu teori isipadu bebas bagi membran polimer bergetah (rubber polymer) dan teori erapan mod duaan (TEMD) bagi membran polimer berkaca (glassy polymer). TEMD mempunyai parameter yang tersendiri dalam menerangkan mekanisma yang berlaku. Dalam kajian ini parameter kD, CH’, b yang ditentukan dengan meggunakan kaedah yang diperkenalkan oleh Vieth (kaedah graf). Ujian erapan dilakukan dengan menggunakan alatan erapan ASAP 2000 berdasarkan gas N2 pada tekanan di bawah 1 atm untuk menentukan nilai parameter TEMD. Nilai parameter TEMD yang diperolehi digunakan untuk meramalkan kebolehtelapan gas N2 melalui membran polimer selulos asetat yang dihasilkan oleh Unit Penyelidikan Membran, UTM. Dalam kajian ini kaedah menentukan nilai parameter TEMD dengan menggunakan ujikaji erapan dengan tekanan di bawah 1 atm telah dapat menentukan parameter tersebut.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Gas nitrogen, membran polimer bergetah, membran polimer berkaca, teori erapan mod duaan
Subjects:T Technology > T Technology (General)
Divisions:Chemical and Natural Resources Engineering
ID Code:4830
Deposited By: Norhani Jusoh
Deposited On:07 Jan 2008 14:11
Last Modified:01 Jun 2010 03:21

Repository Staff Only: item control page