Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Rekabentuk komposisi gas petroleum cecair di dalam selinder mudahalih

Zakaria, Zainal and Abd Rahman, Mohd Norani and G., Raju and Nasir, Abu Samah and Ramlee, Mohd Redhuan (1994) Rekabentuk komposisi gas petroleum cecair di dalam selinder mudahalih. Seminar Penyelidikan Fakulti Kej. Kimia & Kej. Sumber Asli .

[img] PDF
3MB

Abstract

Permulaan penggunaan gas petroleum cecair di Malaysia bermula pada tahun 1983 dengan purata jualan 1.2 metrik tan sebulan dan berkembang secara mendadak pada tahun 1985 di mana purata jualan telah meningkat kepada 250 matrik tan sebulan. Sistem pengagihan gas ini mempunyai berbagai-bagai konsep sama ada secara domestik, komersial ataupun industri. Oleh kerana sektor ini masih baru maka masalah ketidakhabisan gas di dalam selinder berkapasiti 50 kg telah dikenal pasti di mana purata bakinya adalah 5.78 kg dengan komposisi 2.17/97.82 antara propana dan butana. Justeru itu satu kajian secara terperinci untuk mengatasi masalah ini perlulah dilakukan untuk menerbitkan satu reka bentuk komposisi yang betul. Daripada keputusan satu kajian makmal yang dilakukan didapati semua komposisi gas petroleum cecair tidak dapat dihabiskan tetapi hanya boleh diminimumkannya sahaja (kajian dibuat berdasarkan kepada peratus berat). Walau bagaimanapun dengan berpandukan profil tekanan, suhu, berat dan komposisi serta kadaralir maka takat optimum yang boleh dipertimbangkan sebagai satu reka bentuk adalah dengan menambahkan lebih daripada 60% kandungan propana di dalam gas petroleum cecair.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Gas petroleum cecair, propana, silinder mudah alih, sistem pengagihan gas
Subjects:T Technology > T Technology (General)
Divisions:Chemical and Natural Resources Engineering
ID Code:4827
Deposited By: Norhani Jusoh
Deposited On:08 Jan 2008 05:06
Last Modified:01 Jun 2010 03:21

Repository Staff Only: item control page