Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Gaya hidup pelajar cemerlang dalam persekitaran kampus

Mesir, Baharin and Mohd. Yatim, Jamaludin and Abd. Aziz, Azmahani and Jamal, Mohd. Hidayat (2006) Gaya hidup pelajar cemerlang dalam persekitaran kampus. In: National Student Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August 2006, Kuala Lumpur, Malaysia. (Submitted)

[img]
Preview
PDF (Full text)
60kB

Abstract

Kecemerlangan akademik merupakan salah satu unsur penting kejayaan pelajar di institusi pengajian tinggi. Diantara faktor yang mempengaruhi kecemerlangan akademik ialah gaya hidup pelajar didalam persekitaran kampus. Gaya hidup yang dimaksudkan meliputi aspek pergaulan, pengurusan masa, kegiatan masa lapang, cara belajar dan juga pengurusan diri. Secara umumnya, gaya hidup bagi pelajar cemerlang mestilah seimbang dari sudut rohani, jasmani, emosi dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Kertas kerja ini membentangkan kajian yang dijalankan terhadap sekumpulan pelajar bumiputera Fakulti Kejuruteraan Awam yang dikategorikan cemerlang mengenai gaya dan cara hidup mereka dalam persekitaran kampus di Universiti Teknologi Malaysia. Borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan daripada responden yang terlibat. Seterusnya, analisis dilakukan berdasarkan maklumat yang telah diperolehi. Daripada kajian ini, didapati kecemerlangan akademik seseorang pelajar itu banyak dipengaruhi oleh cara hidup mereka yang seimbang dari sudut rohani, jasmani, emosi dan intelek. Oleh yang demikian, ciri-ciri keseimbangan gaya hidup ini perlu diterapkan pada diri seorang pelajar yang ingin cemerlang.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Gaya hidup; kecemerlangan akademik; persekitaran kampus.
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:475
Deposited By: Khairulbahiyah Yaakub
Deposited On:16 Feb 2007 03:23
Last Modified:23 Aug 2017 00:21

Repository Staff Only: item control page