Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penyahwarnaan minyak sawit mentah menggunakan lempung teraktif tempatan

Ripin, Adnan and Junin, Radzuan and Karim, Khairuddin (1995) Penyahwarnaan minyak sawit mentah menggunakan lempung teraktif tempatan. Proceedings of The Eleventh Symposium of Malaysia Chemical Engineers . A8-1.

[img] PDF
1MB

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan penyahwarnaan minyak sawit mentah menggunakan lempung teraktif tempatan yang diperolehi dari kawasan Lahad Datu Sabah dan perbandingannya dengan lempung teraktif komersil iaitu Fulmont Plus dan Wembely Supreme. Kajian ini penting untuk mendapatkan gambaran keupayaan penjerapan warna berbanding dengan lempung teraktif yang dimport atau bersumberkan bahan mentah luar negara. Dalam kajian ini, sampel lumpur dari beberapa lokasi diaktifkan pada suhu 90C dan nilai pH asid sulfik tertentu (pH1, pH2, pH3 dan pH4). Seterusnya ujian penyah-warnaan minyak sawit dijalankan. Hasil menunjukkan bahawa lempung tempatan mampu menyahwarnakan minyak sawit mentah dan keupayaannya bergantung kepada kaedah pengaktifan. Oleh itu boleh disimpulkan bahawa lempung tempatan berpotensi digunakan sebagai bahan mentah untuk penghasilan lempung teraktif.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Kaedah pengaktifan, lempung teraktif Lahad Datu, minyak sawit mentah, penyahwarnaan
Subjects:T Technology > T Technology (General)
Divisions:Chemical and Natural Resources Engineering
ID Code:4746
Deposited By: Norhani Jusoh
Deposited On:01 Jan 2008 10:30
Last Modified:01 Jun 2010 03:20

Repository Staff Only: item control page