Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian minerologi dan fiziko-kimia ke atas lempung bentonit tempatan (Lahad Datu) dan menilai kegunaannya sebagai lempung peluntur

Junin, Radzuan and Abd. Karim, Khairuddin (1991) Kajian minerologi dan fiziko-kimia ke atas lempung bentonit tempatan (Lahad Datu) dan menilai kegunaannya sebagai lempung peluntur. In: Kertas Kerja Sempena Seminar Penilaian Projek Pennyelidikan Di Bawah Mekanisma IRPA Dalam Rancangan Malaysia Kelima(1988-1990), 18 November 1991, UTM Kuala Lumpur.

[img] PDF
3MB

Abstract

Dengan bermulanya pengeluaran lempung teraktif oleh industri tempatan maka telah mewujudkan permintaan ke atas lempung bentonit (montmorilonit) yang merupakan bahan mentah asas yang digunakan dalam proses pembuatan lempung tersebut. Usaha meneroka bahan mentah ini melalui program penggerimitan dan pensampilan di lapangan telah dijalankan ke atas formasi geologi terpilih di Malaysia terutama di suatu kawasan yang secara kolektif membentuk Kumpulan Segama yang terdapat di sekitar Lahad Datu, Sabah. Beberapa sampel yang mewakili jumlah variasi daripada endapan lempung bentonit telah dikaji tentang sifat-sifat mineralogi dan fiziko-kimianya. Mineral dominan yang wujud ialah lempung Ca- montmorilonit dan disamping itu terdapat juga kuarza, feldspar dan zeolit sebagai bendasing utama. Kajian awal yang berdasarkan kepada beberapa ujian sifat-sifat kimia dan fizik menunjukkan bahawa bahan ini berkemungkinan boleh digunakan sebagai lempung peluntur (atau sebagai bahan mentah yang digunakan dalam pembuatan lempung teraktif asid). Walaubagaimanapun, penilaian secara komersial ke atas endapan lempung ini masih lagi bergantung kepada beberapa kajian percubaan seperti ujian pengaktifan asid dan juga ujian peluntur minyak kelapa sawit mentah dengan menggunakaan lempung teraktif yang telah dihasil.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:kajian fiziko-kimia, kajian mineralogi, lempung bentonit Lahad Datu, lempung pelentur, lempung teraktif
Subjects:T Technology > T Technology (General)
Divisions:Chemical and Natural Resources Engineering
ID Code:4744
Deposited By: Norhani Jusoh
Deposited On:01 Jan 2008 04:08
Last Modified:25 Jul 2017 03:12

Repository Staff Only: item control page