Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penurasan minyak sawit mentah: Satu kajian awal

Ripin, Adnan and Abdul Aziz, Ramlan and Saidi, Hamdani and M., Nor Hashimah and A. C., Norlela (1991) Penurasan minyak sawit mentah: Satu kajian awal. In: Kertaskerja Sempena Seminar Penilaian Projek Pennyelidikan Di Bawah Mekanisma IRPA Dalam Rancangan Malaysia Kelima(1988-1990), 18 November 1991, UTM Kuala Lumpur.

[img] PDF
3MB

Abstract

Tujuan kajian ini ialah untuk mendapatkan satu kaedah baru bagi penjernihan minyak sawit mentah. Pada peringkat awal, kaedah penurasan vakum (arah atas dan aras bawah) dan penurasan tekanan tinggi telah menjadi tumpuan kajian ini, Analisis makmal telah dilakukan untuk penurasan vakum dengan kaedah operasi suhu 70-90 darjah C dan tekanan vakum 15.96-66.5 kN/m2, manakala operasi untuk penurasan tekanan tinggi ialah pada suhu 90 darjah C dengan tekanan 400-600 kN/m2. Sementara itu, bagi penurasan vakum arah atas, ujikaji dijalankan pada 90 darjah C dan tekanan operasi 13.15-65.78 kN/m2. Hasil daripada kajian didapati bahawa nilai a kek yang terbentuk adalah dalam julat 2x10(10)-1.7x10(10)m/kg untuk penurasan vakum. Dan julat kek bagi penurasan tekanan tinggi ialah 1.14x10(12)-4.417x10(12)m/kg. Dalam kaedah ini juga, telah didapati bahawa kehilangan minyak dalam kek adalah tinggi. Walau bagaimanapun kehilangan minyak dapat dikurangkan dengan bantuan proses pengeringan vakum atau penekanan hidraulik. Kaedah penekanan pada tekanan hidraulik 1400 kN/m2 telah dilakukan dan didapati kehilangan minyak melalui kek berkurang sebanyak 4%.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:penekan hidraulik, pengeringan vakum, penjernihan minyak sawit mentah, penuras tekanan tinggi, penurasan vakum
Subjects:T Technology > T Technology (General)
Divisions:Chemical and Natural Resources Engineering
ID Code:4740
Deposited By: Norhani Jusoh
Deposited On:01 Jan 2008 04:27
Last Modified:27 Aug 2017 03:13

Repository Staff Only: item control page