Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pemendakan kerak di dalam talian paip

Ismail, Issham and Junin, Radzuan and Md. Abidin, Amat Rashidi (2000) Pemendakan kerak di dalam talian paip. In: Malaysian Science & Technology Congress 2000, November 7-9, 2000, Awana Golf & Country Resort, Genting Highland.

[img] PDF
338kB

Abstract

Pemendakan kerak pada permukaan dalaman peralatan permukaan dan subpermukaan dikenal pasti sebagai punca utama yang kerap menimbulkan masalah kepada pengeluaran minyak. Masalah yang dimaksudkan termasuk pengaratan pada peralatan dan pengecilan keluasan aliran, yang akhirnya menyebabkan berlakunya pengurangan dalam pengeluaran minyak. Pengalaman daripada industri berkaitan menunjukkan kebanyakan telaga minyak mengalami masalah pengecilan keluasan aliran yang disebabkan oleh pemendakan kerak yang berlaku pada matriks formasi. Sehubungan itu, pemendakan kerak sering meningkatkan keseluruhan kos operasi kerana penggantian peralatan, penebukan semula selang pengeluaran minyak dan lain-lain kerja semula. Oleh itu, kertas kerja ini membincangkan tentang kesan tempoh aliran air formasi terhadap pemendakan kerak. Selain itu, nilai indeks pembentukan kerak juga digunakan bagi tujuan peramalan pembentukan kerak. Keputusan kajian menunjukkan bahawa berat kerak yang terbentuk meningkat dengan bertambahnya tempoh aliran, dengan kerak kalsium karbonat dan barium sulfat lebih cenderung untuk terbentuk dalam paip.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:aliran air formasi, barium sulfat, kalsium karbonat, pemendakan kerak, talian paip
Subjects:T Technology > TP Chemical technology
Divisions:Chemical and Natural Resources Engineering
ID Code:4734
Deposited By: Prof Madya Issham Ismail
Deposited On:01 Jan 2008 03:28
Last Modified:24 Jul 2017 02:08

Repository Staff Only: item control page