Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Analisis struktur teks dalam kemahiran membaca teks ekonomi

Wan Zakaria, Wan Normeza and Buang, Nor Aishah (2012) Analisis struktur teks dalam kemahiran membaca teks ekonomi. GEMA Online TM Journal of Language Studies, 12 (1). pp. 295-309. ISSN 1675-8021

Full text not available from this repository.

Abstract

Setiap teks pembelajaran mempunyai kerangka maklumat yang ingin disampaikan oleh penulis kepada pelajar. Kerangka maklumat inilah yang membentuk struktur teks. Justeru pelajar yang membaca teks perlu mengenal pasti kerangka maklumat ini yang terkandung dalam struktur teks untuk membantu mereka memahami teks secara lebih mendalam. Kajian ini bertujuan mengenal pasti kerangka struktur teks ekonomi yang digunakan oleh pelajar yang mengambil mata pelajaran Ekonomi. Topik yang dijadikan model analisis struktur teks ialah topik Pasar Persaingan Sempurna. Reka bentuk kajian ini ialah reka bentuk analisis kandungan, iaitu menganalisis jenis struktur teks setiap unit dan hubungan struktur teks antara unit-unit dalam topik Pasar Persaingan Sempurna. Kajian mendapati struktur teks unit terdiri dari teks jenis Huraian, Senarai, Sebab-akibat dan Urutan. Manakala hubungan struktur teks antara unit terdiri dari jenis Huraian, Sebab-akibat, Pengetahuan pra dan pengetahuan pos, dan Urutan. Implikasi kajian ini ialah pelajar yang membaca teks ekonomi perlu mengenal pasti ciri-ciri struktur teks ekonomi untuk memudahkan mereka memahami maklumat pembelajaran Ekonomi.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Language studies
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
Divisions:Razak School of Engineering and Advanced Technology
ID Code:46602
Deposited By: Haliza Zainal
Deposited On:22 Jun 2015 05:56
Last Modified:17 Sep 2017 04:28

Repository Staff Only: item control page