Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penyelidikan ke atas alat ukur pengujian psikologi di Malaysia: kajian kesahihan dan kebolehan skala ujian stress

Md. Ninggal, Mohd. Tajudin (2005) Penyelidikan ke atas alat ukur pengujian psikologi di Malaysia: kajian kesahihan dan kebolehan skala ujian stress. Project Report. Faculty of Education, Skudai, Johor. (Unpublished)

Full text not available from this repository.

Abstract

Ketidakupayaan manusia menguruskan tekanan atau stress memberi impak besar kepada tingkahlaku dan tindakbalas individu terhadap persekitaran dalaman mahupun luaran. Gangguan stress bukan sahaja berlaku kepada golongan dewasa malahan didapati ianya juga sering berlaku terhadap individu golongan remaja. Stress boleh memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan kesihatan mental yang seterusnya mengakibat kemerosotan prestasi dan produktiviti. Banyak kajian menyokong dakwaan bahawa stress sering dikaitkan dengan kesan negatif kepada individu dan organisasi. Stress juga dikatakan memberi kesan kepada tahap kepuasan kerja. Pekerja yang mengalami stress dikatakan mempunyai tahap kepuasan kerja yang rendah, Cooper & Smith (1985). Kajian-kajian yang dijalankan oleh Jamal (1984), Kahn, Wolfe, Quinn, Snoek & Rosentghal (1984) menunjukkan perkaitan yang signifikan antara stres dengan kepuasan kerja. Tahap stress sebenarnya boleh diuji menerusi alat ukur pengujian psikologi. Lantaran itu, tujuan penyelidikan yang dijalankan ini adalah untuk melihat senario perkembangan bidang pengujian psikologi di Malaysia khususnya penggunaan skala ujian stress yang berasaskan norma masyarakat Malaysia. Kajian eksperimentasi ke atas tahap kesahan dan kebolehpercayaan skala ujian stress juga dijalankan bagi tujuan mengetengahkan penggunaannya dalam proses kaunseling dan latihan. Ianya mampu mengenalpasti sumber, simptom, gaya hidup dan personaliti yang menyebabkan berlakunya stress dalam kehidupan seharian. Hasil penyelidikan ini akan memberikan data saintifik yang bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada individu bahkan ianya juga boleh digunakan oleh organisasi dan industri sebagai bahan rujukan bagi menentukan jenis latihan atau kaedah rawatan yang bersesuaian. Secara keseluruhannya, usaha ini dijangka dapat meningkatkan prestasi dan produktiviti modal insan negara ke arah mencapai impian menuju Wawasan 2020.

Item Type:Monograph (Project Report)
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Education
ID Code:4560
Deposited By: Noor Aklima Harun
Deposited On:18 Feb 2008 08:33
Last Modified:09 Aug 2017 01:11

Repository Staff Only: item control page