Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengajaran mikro: impaknya terhadap pengajaran guru

Rahmat, Mohd. Khairezan and Isa, Badrul (2006) Pengajaran mikro: impaknya terhadap pengajaran guru. In: National Student Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August 2006, Kuala Lumpur, Malaysia. (Submitted)

[img]
Preview
PDF (Fulltext)
45kB

Abstract

Pengajaran mikro adalah satu bentuk latihan pengajaran yang bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada guru untuk menilai bentuk pengajaran mereka. Selain dari dapat menilai kaedah serta gaya pengajaran yang sesuai, sesi pengajaran mikro ini juga dilihat mampu menjadi pengukur kepada tahap pengetahuan dan persediaan guru sebelum mengendalikan pengajaran sebenar. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan pengajaran mikro dalam persekitaran sebenar yang telah dilaksanakan didalam Projek Eksplorasi dan Aplikasi Multimedia dalam Dimensi Pendidikan 2006 yang dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar program Pendidikan Seni dan Senireka Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan kerjasama Jabatan Multimedia Kreatif (Animasi) Kolej Komuniti Kuala Langat, Selangor. Sampel kajian adalah seramai 22 orang guru-guru semester akhir yang mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru-Guru (PKPG) yang mengambil jurusan multimedia interaktif. Kumpulan guru ini adalah merupakan guru-guru yang telah berpengalaman mengendalikan pengajaran di peringkat rendah. Perbezaan situasi, pelajar, tahap, media serta teknik pengajaran memerlukan pengajaran mikro dijalankan. Satu inventori pengajaran mikro telah digunapakai dan diedarkan kepada sampel setelah pengajaran berlangsung bagi menjawab segala persoalan kajian. Dapatan dari kajian tersebut menunjukkan bahawa guru-guru bersetuju bahawa menerusi pengajaran mikro ini, ianya mampu memberikan kesan positif dalam kemahiran perancangan, personaliti dan kemahiran mengajar mereka.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Pengajaran mikro; guru
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
ID Code:456
Deposited By: Haliza Zainal
Deposited On:16 Feb 2007 06:51
Last Modified:23 Aug 2017 06:42

Repository Staff Only: item control page