Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian kesihatan populasi industri kilang amang

Ramli, Ahmad Termizi and Heru, Nursama and Wagiran, Husin and Wan Hassan, Wan Muhamad Saridan (2003) Kajian kesihatan populasi industri kilang amang. Project Report. Faculty of Computer Science and Information System, Skudai, Johor. (Unpublished)

[img] PDF
14MB

Abstract

Kajian ini telah dilakukan untuk meletakkan kesan radiologi industri amang dalam konteks persekitaran radiologi alam sekitar yang terdapat di negeri Perak. Untuk tujuan tersebut satu tinjauan terhadap sifat radiologi alam sekitar telah dilakukan di negeri Perak untuk mendapatkan data dasar radiologi alam sekitar negeri Perak. Tinjauan ini telah menghasilkan peta isodos sinar gama daratan tabi’i bagi negeri Perak. Peta isodos ini sesuai digunakan sebagai data dasar untuk kerja-kerja penguatkuasaan polisi perlindungan dan kesihatan radiologi di negeri Perak. Didapati bahawa nilai dos gama daratan di negeri Perak berada dalam julat 38 nGy j-1 sehingga 1039 nGy j-1, dengan nilai minnya (214 ± 145) nGy j-1. Nilai purata dunia ialah 57 nGy j-1. Kajian ini mengaitkan aras dos sinar gama daratan dengan jenis tanah dan latar belakang geologi, dan mengemukakan kemungkinan untuk menggunakan maklumat kaitan ini untuk menganggarkan aras dos sinar gama daratan tabi’i. Kajian juga telah melakukan pengukuran untuk menentukan kepekatan keradioaktifan 238U, 232Th dan 40K bagi sampel tanah dari seluruh negeri Perak. Julat nilai yang didapati ialah 7 Bq kg-1 – 426 Bq kg-1, 23 Bq kg-1 – 1390 Bq kg-1, dan 6 Bq kg-1 – 2204 Bq kg-1. UNSCEAR 2000 memberikan nilai berikut sebagai nilai rujukan 238U, 35 Bq kg-1; 232Th, 30 Bq kg-1 ; dan 40K, 400 Bq kg-1. Di kawasan dos sinar gama daratan tinggi, khususnya di sekitar Kampung Sungai Durian pengukuran terhadap aras kepekatan keradioaktifan juga dilakukan terhadap sampel air dan tumbuh-tumbuhan. Di sini juga dilakukan pengukuran terhadap aras radon dan toron. Didapati penduduk yang berada di lokasi dos sinaran gama daratan yang tertinggi, iaitu 1039 nGy j-1 berkemungkinan terdedah kepada dos berkesan akibat radon dan toron sebesar sehingga 10 mSv setahun. Dicadangkan supaya kajian lanjutan impak dos yang agak tinggi ini terhadap kesihatan radiologi penduduk tempatan dilakukan. Oleh kerana kebanyakan kilang amang berada di daerah Kinta, kajian ini juga memberikan tumpuan khusus kepada pengukuran dos sinaran radiologi alam sekitar di daerah Kinta, walaupun nilai min aras dos sinaran gama daratannya, (220 ± 191) nGy j-1 hampir tidak berbeza dari nilai min untuk negeri Perak, (214 ± 145) nGy j-1. Pengukuran aras dos sinaran dan keradioaktifan telah turut dilakukan di kilang-kilang amang. Setakat ini kajian mendapati bahawa kesan dari industri amang merupakan kesan setempat dan tidak meningkatkan aras dos sinaran dan keradioaktifan latar belakang di alam sekitar secara signifikan, kecuali di kawasan kilang itu sendiri atau jiran terdekatnya. Aras dos sinaran dan keradioaktifan yang terdapat di kawasan kilang amang adalah jauh melebihi aras yang lazimnya dapat diterima bagi kawasan kerja sinaran. Aras dos sinaran dan keradioaktifan seperti yang diukur dalam kajian ini adalah terlalu kecil untuk menyebabkan kesan deterministik, tetapi nilai di beberapa kawasan dos sinaran gama daratan tinggi (>400 nGy j-1), mempunyai aras nilai kebarangkalian yang signifikan untuk meningkatkan kebarangkalian kejadian kesan-kesan stokastik sinaran. Kawasan sebegini terdapat di sekitar Tanjung Tualang (khususnya di Kampung Sungai Durian, di Mukim Hulu Selama, ke Selatan dari Bandar Lumut dan beberapa kawasan di Banjaran Gunung Keledang. Pemantauan mungkin sesuai dilakukan di kawasan ini.

Item Type:Monograph (Project Report)
Subjects:Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
Divisions:Computer Science and Information System
ID Code:4551
Deposited By: Noor Aklima Harun
Deposited On:18 Feb 2008 08:33
Last Modified:09 Aug 2017 00:53

Repository Staff Only: item control page