Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi masyarakat parlimen Pekan terhadap gagasan 1Malaysia

Jasmi, Kamarul Azmi and Suratman, Azmi Shah and Awang, Ramli and Kadikon, Sulaiman and Salamon, Hussin and Ruskam, Aminuddin and Rosman, Salleh and Nor Muhammad, Nasrul Hisyam and Muhammad, Norlina and Basiron, Bushrah and Sayed Ahmad, Sayed Mahussain and Hassan, Ahmad Muhyiddin and Ripin, Mohd. Nasir (2012) Persepsi masyarakat parlimen Pekan terhadap gagasan 1Malaysia. Project Report. Universiti Teknologi Malaysia & Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri, Skudai, Johor Bahru.

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: https://www.researchgate.net/profile/Kamarul_Azmi_...

Abstract

Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang etnik, kaum dan agama. Perbezaan ini memerlukan kepada satu gagasan yang mampu mengeratkan hubungan sedia ada. Justeru, pihak kerajaan melancarkan gagasan 1Malaysia dengan matlamat meningkatkan tahap hubungan sedia ada. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui sejauh manakah penerimaan rakyat terhadap gagasan 1Malaysia yang dilancarkan oleh kerajaan, mengetahui halangan dan cabaran dalam merealisasikan gagasan 1Malaysia, mengenal pasti medium yang efektif dalam proses penyampaian gagasan 1Malaysia ke akar umbi dan menghasilkan model yang komprehensif untuk memajukan gagasan 1Malaysia. Bagi mencapai objektif kajian tersebut, kumpulan penyelidik telah menjalankan kajian kuantitatif dan kualitatif iaitu menggunakan instrumen soal selidik dan temu bual. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian SPSS dan N’Vivo 8.0. Dapatan kajian ini menunjukkan penerimaan rakyat terhadap gagasan 1Malaysia berada pada tahap yang tinggi. Kajian ini memberi manfaat kepada banyak pihak terutama pihak kerajaan dalam usaha memajukan gagasan 1Malaysia dan meningkatkan keharmonian hubungan antara kaum di negara ini.

Item Type:Monograph (Project Report)
Subjects:C Auxiliary Sciences of History > CB History of civilization
G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:45453
Deposited By: Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Deposited On:10 Jun 2015 01:57
Last Modified:19 Sep 2017 06:25

Repository Staff Only: item control page