Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tinjauan terhadap tingkah laku maklumat dalam kalangan pelajar sarjana pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

Raman, Kalyani and Idris, Abdul Razak (2007) Tinjauan terhadap tingkah laku maklumat dalam kalangan pelajar sarjana pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. In: International Malaysian Educational Technology Convention 2007, 2 - 5th November 2007, Sofiel Palm Resort, Johor Bahru.

[img] PDF
233Kb

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tingkah laku maklumat pelajar sarjana pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dari aspek keperluan maklumat, saluran maklumat yang digunakan, sumber maklumat yang paling diminati dan corak penggunaan perpustakaan. Sebanyak 383 soal selidik telah diedarkan kepada pelajar sarjana pendidikan dan hanya 188 atau 48 peratus soal selidik yang lengkap telah dipulangkan. Dapatan kajian menunjukkan responden menggunakan pelbagai sumber dalam mendapatkan maklumat. Internet telah disenaraikan sebagai sumber maklumat yang utama di mana ia membantu penyediaan tugasan dan penulisan tesis. Ini diikuti dengan penggunaan buku dan bahan bercetak yang lain. Responden juga menyatakan bahawa strategi utama mereka adalah berbincang dengan pensyarah dan sumber maklumat tidak formal seperti rakan kerja, rakan kursus dan media sebelum menggunakan strategi lain. E-jurnal dan email adalah sumber maklumat yang kerap digunakan melalui internet. Secara umum, faktor kekangan masa merupakan penghalang utama bagi responden menggunakan perkhidmatan dan kemudahan yang terdapat di perpustakaan dengan berkesan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:tingkah laku maklumat, pelajar sarjana pendidikan, sumber maklumat, keperluan maklumat dan strategi mendapatkan maklumat.
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:4543
Deposited By: Zaidatun Tasir
Deposited On:26 Nov 2007 05:42
Last Modified:01 Jun 2010 03:18

Repository Staff Only: item control page