Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penghasilan modul pembelajaran berasaskan teori beban kognitif untuk subjek teknologi maklumat dan komunikasi

Sow, Lee Sun and Tasir, Zaidatun and Harun, Jamalludin (2007) Penghasilan modul pembelajaran berasaskan teori beban kognitif untuk subjek teknologi maklumat dan komunikasi. In: International Malaysian Educational Technology Convention 2007, 2 - 5 th November 2007, Sofiel Palm Resort, Johor Bahru.

[img] PDF
535Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membina sebuah modul pembelajaran komputer berdasarkan Teori Beban Kognitif (Sweller et al., 1998) bagi kegunaan pelajar Tingkatan Lima. Dapatan kajian lepas menunjukkan bahawa ingatan jangka pendek menghadkan bilangan elemen yang boleh ditafsir oleh seseorang individu. Jika bilangan elemen yang perlu ditafsirkan oleh ingatan jangka pendek pada satu satu masa telah melebihi had maka beban kognitif dikatakan wujud semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu, modul yang dibina perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam Teori Beban Kognitif bagi menghasilkan reka bentuk modul yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Data kajian diambil dari dua sumber utama, iaitu melalui pemerhatian daripada rakaman video yang merakamkan respon pelajar semasa menggunakan modul asal dan modul Teori Beban Kognitif serta data daripada temu bual. Seramai 20 orang pelajar telah terlibat dalam kajian ini. Daripada analisis data, didapati bahawa pelajar yang menggunakan modul gubahan semasa kajian dapat melaksanakan proses format komputer instal perisian dengan lancar dan jarang menghadapi masalah manakala pelajar yang menggunakan modul asal pula sentiasa menghadapi masalah dan kekeliruan sepanjang proses itu. Berdasarkan data daripada temubual maka dapatlah dikatakan bahawa hampir kesemua pelajar mempunyai pandangan yang positif terhadap modul gubahan yang direka berdasarkan Teori Beban kognitif.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:learning module, cognitive load theory, ICT
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions:Education
ID Code:4542
Deposited By: Zaidatun Tasir
Deposited On:26 Nov 2007 05:29
Last Modified:18 Apr 2012 07:29

Repository Staff Only: item control page