Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Simulasi tekanan sentuhan dinamik bagi brek cakera menggunakan kaedah unsur terhingga."

Abu Bakar, A R. and Hamid, M K A and Zakaria, K (2005) Simulasi tekanan sentuhan dinamik bagi brek cakera menggunakan kaedah unsur terhingga.". Proceedings of Computational & Experimental Mechanics . pp. 287-296.

[img]
Preview
PDF
434Kb

Abstract

Tekanan sentuhan amat penting di mana ianya dapat menentukan daya kilas dan kuasa pembrekan serta tidak langsung menentukan prestasi sesuatu system brek. Parameter ini juga diperlukan dalam kajian hingar sistem brek. Hingga kini tiada peralatan yang boleh mengukur taburan tekanan sentuhan apabila sesuatu sistem berada di dalam keadaan dinamik. Oleh yang demikian, kaedah berangka melalui kaedah unsur terhingga (KUT) adalah pilihan yang sesuai bagi menentukan parameter ini. Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan taburan tekanan sentuhan dinamik bagi brek jenis cakera secara simulasi. Model 3 dimensi brek cakera dibina dan telah diujisahkan melalui analisis modal. Perbandingan taburan tekanan sentuhan statik antara ujikaji dan simulasi juga dibuat. Selain itu,topografi permukaan bahan geseran diambil kira dan maklumat tersebut dimasukkan ke dalam program komputer iaitu ABAQUS v6.4 untuk disimulasikan bagi mendapatkan taburan tekanan sentuhan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:brek cakera; analisis sentuhan; tekanan sentuhan dinamik; kaedah unsur terhingga; topografi bahan geseran
Subjects:T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
T Technology > TL Motor vehicles. Aeronautics. Astronautics
Divisions:Mechanical Engineering
ID Code:453
Deposited By: Dr Abd Rahim Abu Bakar
Deposited On:16 Feb 2007 03:01
Last Modified:01 Jun 2010 02:44

Repository Staff Only: item control page