Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Perkembangan silibus teknologi maklumat didalam sistem akademik fakulti kejuruteraan awam, Universiti Teknologi Malaysia

Mesir, Baharin and Alel, Mohd. Nur Asmawisham and Mohd. Yunus, Mohd. Zulkifli and Ramli, Mohd. Zamri (2004) Perkembangan silibus teknologi maklumat didalam sistem akademik fakulti kejuruteraan awam, Universiti Teknologi Malaysia. In: Conference On Engineering Education (CEE 2004), 14-15 December 2004, Kuala Lumpur .

[img]
Preview
PDF
201kB

Abstract

Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) bermula sebagai Jabatan Kejuruteraan Awam pada 1972. Pada waktu itu silibus akademik FKA lebih banyak tertumpu kepada mata pelajaran kejuruteraan awam. Seiring dengan pembangunan Teknologi Maklumat (IT) yang pesat, bidang kejuruteraan awam juga tidak dapat lari daripadanya dan di FKA mata pelajaran IT telah menjadi salah satu mata pelajaran teras yang memainkan peranan penting disamping mata pelajaran yang lain. Oleh itu, satu unit khas telah ditubuhkan untuk menyokong dan membantu jabatan serta fakulti bagi menyelaras mata pelajaran IT. ITUCE telah dipertanggungjawabkan bagi memastikan kurikulum dan silibus IT adalah selari dengan keperluan dan aspirasi negara dalam bidang kejuruteraan awam. ITUCE juga memastikan kurikulum dan silibus IT sentiasa terkini dengan mengambilkira keperluan industri. Dalam usaha melahirkan graduan berkualiti melalui perlaksanaan kurikulum yang mengambilkira keperluan pasaran, kini ITUCE mempunyai empat mata pelajaran wajib IT dan enam mata pelajaran elektif bagi ijazah sarjana muda, manakala tujuh mata pelajaran lagi bagi graduan pasca-ijazah. Kesemua mata pelajaran IT yang ditawarkan ini adalah bagi memenuhi keperluan sistem akademik untuk graduan yang mengikuti pengajian di Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Silibus; Teknologi Maklumat; Fakulti Kejuruteraan Awam
Subjects:T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
L Education > L Education (General)
Divisions:Civil Engineering
ID Code:452
Deposited By: Mohd Zamri Ramli
Deposited On:16 Feb 2007 03:11
Last Modified:22 Dec 2011 05:38

Repository Staff Only: item control page