Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi guru terhadap kesihatan mental di Sekolah Menengah di Perak

Gooh, Mo Lee and Udin, Armimmudin and Abdul Aziz, Mohd. Hafiz (2012) Persepsi guru terhadap kesihatan mental di Sekolah Menengah di Perak. Journal of Ed2012, 7 . pp. 1-10. ISSN 231-735X

[img] PDF (Fulltext)
427kB

Abstract

Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk mengenal pasti tahap kesihatan mental dari aspek beban kerja mental, burnout, stres dan kemurungan di kalangan guru sekolah menengah di Daerah Kerian, Perak. Kajian ini melibatkan seramai 153 orang responden terdiri daripada guru-guru di tiga buah sekolah yang telah dipilih oleh penyelidik di daerah kerian, perak dengan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Instrumen ini berbentuk soal selidik yang ambil dari penyelidik yang lepas dan instrumen yang dibuat pengubahsuaian penyelidik. Kajian ini menggunakan empat instrumen iaitu Nasa Task Load Index (TLX) untuk mengukur tahap beban kerja mental, Maslach Burnout Inventory untuk mengukur Burnout, Instrumen tahap stres, dan Kemurungan. Data burnout, stres dan kemurungan yang diperolehi di analisis menggunakan perisian Statistical Package For Social (SPSS) version 20.0 sementara perisian microsof office excel digunakan untuk mengira skor beban kerja mental. Hasil dapatan kajian menunjukkan guru di sekolah menengah di daerah kerian, perak mengalami tahap beban kerja mental yang tinggi, tahap burnout yang sederhana, tahap stres yang rendah dan tahap kemurungan juga rendah.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kesihatan mental, tahap beban kerja mental, tahap burnout, tahap stres, tahap kemurungan guru
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:44641
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:21 Mar 2015 04:57
Last Modified:29 Aug 2017 04:19

Repository Staff Only: item control page