Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kemahiran Visualisasi Dan Gaya Pembelajaran Pelajar Program Kejuruteraan Di Universiti Sains Malaysia

Gooh, Mo Lee and Nordin, Mohd. Safarin and Mahazir, Mohd. Fazlan (2012) Kemahiran Visualisasi Dan Gaya Pembelajaran Pelajar Program Kejuruteraan Di Universiti Sains Malaysia. Journal of Educational Psychology & Counseling, , 7 . pp. 66-75. ISSN 2231-735x

[img] PDF
360kB

Abstract

Tahap kemahiran visualisasi dan gaya pembelajaran bagi pelajar-pelajar program kejuruteraan merupakan dua elemen yang menjadi fokus utama dalam kajian ini. Ini disebabkan tahap kemahiran visualisasi dan gaya pembelajaran berkemungkinan mempunyai hubungan antara satu sama lain. Tujuan kajian yang dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap kemahiran visualisasi dan hubungannya dengan gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar-pelajar program kejuruteraan di Universiti Sains Malaysia. Tahap kemahiran visualisasi pelajar diuji dengan menggunakan tiga ujian piawai yang sering digunakan dalam kajian-kajian berkaitan visualisasi iaitu ujian Purdue Spatial Visualisation Tests of Rotation (PSVT:R), Minnesota Paper Form Board Test (MPFBT) dan Mental Cutting Test (MCT). Ujian–ujian piawai ini bertujuan mengkaji perbezaan tahap kemahiran visualisasi pelajar dari tiga aspek kemahiran mental yang berbeza iaitu kemahiran memutar secara mental, kemahiran menggabung secara mental dan kemahiran memotong secara mental. Untuk menguji gaya pembelajaran pelajar pula pengkaji telah menggunakan soal selidik gaya pembelajaran Honey and Mumford yang telah mengandungi 40 soalan. Sampel kajian melibatkan 325 orang (198 lelaki dan 127 perempuan) pelajar program kejuruteraan USM. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kemahiran memutar pelajar dan tahap kemahiran menggabung pelajar berada pada tahap sederhana tinggi manakala tahap kemahiran memotong berada pada tahap rendah. Bagi hubungan tahap kemahiran visualisasi secara keseluruhan dengan gaya pembelajaran pula, didapati tiada perhubungan antara tahap kemahiran visualisasi dengan gaya pembelajaran. Kata Kunci : Kemahiran Visualisasi, Gaya Pembelajaran, Pelajar Kejuruteraan

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:44637
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:17 Mar 2015 03:50
Last Modified:29 Aug 2017 04:17

Repository Staff Only: item control page