Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan sistem drp-MRP untuk industri kecil dan sederhana (IKS)

Hasan, Haswadi and Ahmad, Ab. Rahman and Ali, Nor Azizah (2006) Pembangunan sistem drp-MRP untuk industri kecil dan sederhana (IKS). Project Report. Faculty of Computer Science and Information System, Skudai Johor. (Unpublished)

Full text not available from this repository.

Abstract

Industri Kecil dan Sederhana (IKS) merupakan antara industri yang banyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Maka, untuk memastikan perjalanan dan pengurusan suatu IKS berjalan lancar, pendekatan pengawalan bahan mentah, penentuan penghasilan produk dan pemantauan kawalan kredit amat perlu diberi perhatian serius. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Selayang, Selangor telah dipilih sebagai tempat kajian kes bagi projek penyelidikan “Pembangunan Sistem DRP & MRP Untuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS)�. Ini adalah kerana pusat ini menguruskan banyak stok produk dengan pelbagai IKS yang terlibat. Oleh itu, suatu Sistem Pengurusan Inventori dan Pemantauan Kawalan Kredit dibangunkan untuk FAMA. Tujuan utama sistem ini adalah untuk menggantikan sistem semasa yang dilakukan secara manual. Suatu pendekatan Perancangan Keperluan Bahan (MRP) dan Perancangan Sumber Pengedaran (DRP) diaplikasikan bagi menguruskan masalah inventori. Kedua-dua pendekatan ini boleh menyumbang kepada pengurangan kos dan dapat meningkatkan tahap perkhidmatan pelanggan yang lebih baik. Dalam pembangunan sistem ini, Algoritma Wagner Within pula digunakan untuk menentukan saiz lot bagi mendapatkan kuantiti pesanan yang optimum. Sistem ini merupakan sistem berasas web kerana ia dapat memudahkan perkongsian maklumat di FAMA. Ia dibangunkan dengan menggunakan skrip pengaturcaraan Active Server Pages (ASP) dan Microsoft SQL Server 2000 sebagai pangkalan data.

Item Type:Monograph (Project Report)
Uncontrolled Keywords:Drp-MRP,industri kecil dan sederhana (IKS),small and medium industry (SMI)
Subjects:Z Bibliography. Library Science. Information Resources > ZA Information resources > ZA4050 Electronic information resources
Divisions:Computer Science and Information System
ID Code:4408
Deposited By: Azrin Ariffin
Deposited On:25 Jun 2008 03:00
Last Modified:07 Aug 2017 04:03

Repository Staff Only: item control page