Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Study of clustering trechniques in data mining for climate data

Bahari, Mahadi and Dollah @ Md. Zain, Rozilawati and Md. Sap, Mohd. Noor and Bakri, Aryati (2006) Study of clustering trechniques in data mining for climate data. Project Report. Faculty of Computer Science and Information System, Skudai Johor. (Unpublished)

[img] PDF (full text)
399Kb

Abstract

Perolehan maklumat yang berguna daripada timbunan data kajicuaca menjadi sukar ekoran daripada pertambahan jumlah data yang disimpan di JPKM. Ini kerana parameter dan jumlah data kajicuaca tersebut semakin meningkat dari masa ke semasa. Jumlah data yang besar ini telah menyukarkan kerja-kerja penganalisaan data kajicuaca bagi tujuan peramalan taburan hujan. Di dalam proses peramalan taburan hujan, adalah tidak munasabah untuk menggunakan kesemua parameter kajicuaca untuk melakukan peramalan. Oleh yang demikian, salah satu cara untuk mengenalpasti parameter manakah yang memberikan pengaruh kepada ketepatan atau prestasi hasil peramalan taburan hujan ialah dengan melakukan pengelompokan ke atas data kajicuaca tersebut. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan membuat perbandingan di antara dua teknik pengelompokan iaitu kaedah partitional dan hierarchical untuk melaksanakan pengelompokan data kajicuaca bagi tujuan peramalan taburan hujan. Hasil kajian ini mendapati bahawa pengelompokan partitional adalah lebih sesuai untuk digunakan di dalam pengelompokan data kajicuaca berbanding dengan pengelompokan hierarchical. Selain daripada itu, penggunaan atribut data kajicuaca yang berada di dalam kelompok yang berlainan memberikan prestasi peramalan yang lebih baik daripada penggunaan atribut data kajicuaca yang berada di dalam kelompok yang sama.

Item Type:Monograph (Project Report)
Uncontrolled Keywords:peramalan taburan hujan, pengelompokan partitional, pengelompokan hierarchical
Subjects:Z Bibliography. Library Science. Information Resources > ZA Information resources > ZA4050 Electronic information resources
Divisions:Computer Science and Information System (Formerly known)
ID Code:4399
Deposited By: Azrin Ariffin
Deposited On:25 Jun 2008 03:08
Last Modified:01 Jun 2010 03:17

Repository Staff Only: item control page